Other Entries

May 22, 2015

Kopi dan aku.

السلام علايكم
Dulu, antara kopi dan aku, memang macam langit dengan bumi. Tak ngam.
Dulu, bau kopi, terutamanya jenama Nescafe, pun dah boleh buat aku rasa loya.
Tapi itulah, dulu.
Sekarang?
Aku mula berjinak-jinak dengan vanilla latte zaman SPM.
Alaa, mild. Masa ni, masih tak tahan bau Nescafe.
Masuk dunia pelajar medikal, eh, godaan kopi makin kuat, tapi aku masih dengan vanilla latte dan masih alah dengan bau nescafe.
Kisah bermula sekitar rotation ObsGynae dan Paediatrics.
Bermula kitaran tidur tunggang terbalik.
Setiap kali tunggang terbalik tu, setiap kali tu lah ditemani kopi.
Hm, tidur ikut ritma Circadian pun aku masih minum kopi lepas Subuh tu.
Vanilla latte lama-lama jadi Coffee Mix.
Masuk tahun terakhir pelajar medikal ni, tuptup dah boleh minum Nescafe.
Semuanya gara-gara Ammu tu kadang-kadang selamba je bancuh Nescafe walau aku dah tempah Coffee Mix kat dia.
Dan semua gara-gara rotation ENT yang mana kelas panjang mula tengah hari.
Adalah dua tiga kali aku minum dua tiga cawan sekali harung, mengundang teriakan membe sebelah.
Ni baru jadi pelajar. Tiga tahun ubah terus tahap kebergantungan pada kopi.
Tak tahu lah nasib kopi dan aku macam mana kalau dah ada rezeki bekerja di hospital nanti.

Wassalam 안녕