Other Entries

August 29, 2011

تقبل الله منا ومنك

السلام علايكم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. تقبل الله منا ومنكم. جعل الله كل أيامكم أعياداً وجعل الله الأمة الإسلامية في خير وفرح وسرور وسعادة وأمن وأمان وبركة ورحمة وأعاد الله علينا وعليكم هذه الأيام المباركة بالخير واليُمن والبركات .اللهم آمين

- Mira kata ni sepotong doa. Awwalan eid Rasulullah SAW mendoakan amalan kita semua diterima Allah SWT -

- Dan ini maksud yang aku dapat hasil Google Translate. Asif kalau silap. Sebab aku pun tak faham Arab sangat.
"Peace be upon you and God's mercy and blessings. May Allah accept from us and you. God made all your days and holidays to make God the Islamic nation in the goodness and joy and pleasure, happiness and security and peace and blessings and mercy of Allah and returned to us and to you these days blessed with good, Yemen and blessings. God Amen."

Salam ibadah ikhlas diberi,
Salam kesyukuran tulus di hati,
Salam Aidilfitri buatmu hamba Ilahi,
Walau Ramadhan bakal diakhiri,
Semoga rahmat terus dikurniai.

Maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terguris hati dalam bercanda, kerana diriku cuma manusia biasa. Selamat menyambut hari raya aidilfitri
- Dhiah -

Biar jauh mana jarak antara kita,
Biar hebat mana ilmu di dada,
Biar darjah mana kedudukan kita,
Biar jurang mana pangkat kita,
Jangan sampai tergadai tali silaturrahim antara kita.
Salam Aidilfitri & mohon maaf
- Ayah -

Salam lebaran buat semua.
Tak kisah lah yang jauh di mata, yang jauh di hati, yang dekat di mata, yang dekat di hati. Yang di Malaysia, yang di Mesir, yang di serata dunia macam merata dunia baca blog aku.

Walaupun kala ini, Mesir belum habis lagi puasa yakni belum iftar lagi aku nak juga buat entri ucapan raya sebab mood raya dah datang sejak pagi tadi. Aku salahkan team IHRAM '11 sebab pasang lagu³ raya masa dorang hias DR tadi. =.='

Dan juga sebab aku dah dapat panggilan telefon sampai tak pasal³ aku dh tak rock sebab semacam deras je air yg mengalir dari mata tadi daripada Usu. :) Sebab mama tak dapat buat panggilan antarabangsa, jadi Usu yg buat. Terharu, sebak, sedih, pilu bila dengar suara semua orang. Kumpul ramai³ kat kampung. gahh. Nak emosi lagi. sobs.

Ouh. Berbalik kepada tujuan entri ditulis sebelum aku makin hanyut dibuai rasa sedih & pilu beraya di rantau orang.

Aku, Hani, menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada semua yg dikenali, mengenali diri ini & pembaca yg aku tak kenal, dari hujung rambut hingga hujung kaki, baik salah pada zahirnya atau silap pada batinnya. Aku cuma manusia biasa yg dari sehari ke sehari cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Jadi kalau ada yang tersinggung hati dengan perlakuan, tutur kata atau tiba³ nak emosi dengan aku tanpa sebab munasabah, aku minta maaf. InsyaAllah aku akan cuba untuk tak ulangi kesilapan lama. Dan kerana aku minta maaf, tak adil lah kalau aku tak maafkan korang. Yang aku sedar atau tak sedar, aku maafkan semua. Walau takda benda pun yang korang buat or sebenarnya aku dah lama maafkan, aku nak juga cakap aku dah maafkan semua. Jadi korang jangan cuak ye kalau³ korang masih ade hutang maaf dengan aku. :) Aku je cuak ni. Korang maafkan aku ke tak.

Dan, ok, aku tak reti buat ucapan sayu³ sebenarnya. Tapi ni seikhlas hati lah. Truly.
Ok last. Salam Aidilfitri buat semua muslimin & muslimat. Ni aku ada jumpa sesuatu tentang Aidilfitri masa godek³ Google tadi. Sila lah baca kalau rajin. Tak rugi pn. :)

* تقبل الله منا ومنك : Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu
** IHRAM '11 : Ihya' Ramadhan 2011 Program PCM
*** DR : Darul Rahmah

p/s : malam ni balik rumah! Lama tak balik rumah! Nak masak rendang ketupat semua lah! hihi.
p/ss : 30 Days Challenge tu aku buat bila aku takde topik nak ditulis dalam entri eh. Sekarang mood raya! weehooo


Wassalam 안녕

No comments: