Other Entries

October 31, 2011

Padat.

السلام علايكم

Internet dah ada. Lebih kurang seminggu dah ada. Tapi dia macam biskut. Kejap ada. Kejap takde. Selalu sakit jiwa kalau tengah loading video kat youtube.

Busy. Tapi taktau busy dengan apa.
Penat. Tapi taktau penat dengan apa.

Winter dah bagi salam. Siang dah makin pendek. Malam dah makin panjang. Subuh lebih kurang 4.40 pagi. Maghrib lebih kurang 5.10 petang dah masuk. Selalu terkejar³ Zuhur sebab Asar masuk dalam 2.50 petang tapi ada kadang³ kelas habis jam 2 petang.

Badan dah mula semacam. Bekalan tisu dah penuh dalam beg. Setiap beg letak tisu. gaya macam banyak beg, padahal.... Dah tergedek³ pergi bilik Jajaun minta bekalan ubat yang dia ada. Terima kasih.

Sweater wajib pakai masa dalam bilik. Bilik ni sejuk! Tak tipu. Even in summer. Its cold in my room. Angin sepoi³ bahasa pun ada.

Kulit dah mula kering. Bila kering dia pedih. Merah³. Gatal³ pun naik sebab kulit kering sangat. Tapi dah beli losyen penyelamat. Tapi kerajinan tu selalu lesap ditelan malam.

Midterm lagi berapa minggu. Kerajinan masih tak maksima. Macam biskut juga. Semangat pun suka main cak-cak. Tapi kerja PBL tak pernah tak siap. alhamdulillah.

Dugaan masih bertimpa³. Perangai masih macam kanak³ tak matang. Kadang³ salah langkah. Tarik, jangan biar aku pergi jauh. Tarik, biar aku kembali pada yang sepatutnya. Jangan herdik, tengking, tuding jari. Aku tak perlu sesuatu yang menjatuhkan. Biar kena cara pada tempatnya, semurni niat yang lahir dari hati kau itu.

Dan aku masih merindu. Aku rindu pada yang jauh. Dek kerana Layan dah jauh mengaji kat utara, tak dapat nak skype, bermanja dengan Ayah & Mama. Dah lama tak kacau Baby menggedik. Sekadar berbalas email harian. Tapi jauh³ pun, Layan masih ada untuk aku walau masa tu jam 3 pagi Malaysia. Dua minit aku tak bercakap. But knowing that she is by my side, its more than enough. Ye, LE 10 tak cukup nak bercakap panjang. Lagi³ dalam kondisi macam tu. Tapi, terima kasih, adik. Dan ye, aku rindu Budak. Dia jauh. Dia sibuk. Tak contact. Tapi aku tau, aku yakin, dia masih ada.

Dan aku syukur Diari aku masih wujud. Dah lama tak nampak kewujudan Diari kesayangan. Tapi dia ada bila aku perlu. Terima kasih, Diari.

Ok. Tu je aku nak merapu. Nak tidur. Nak peluk bolster. Nak selubung dalam saratoga. Nak mimpi balik mimpi haritu.

To Ayah, Mama, Hana, Baby, Budak, Zaza, Tyra. I miss you much. And never forget that I love you much.
muachies.

Wassalam
안녕

2 comments:

lavenderlover said...

jia you! never give up!..p/s-same here..enjin booster masih di tahap awal..still nk panaskan enjin..bl la blh speed ni kan..hehehe

하 니 said...

kaaaannnn. tengah warm up lagi ni. satgi dah dekat baru sprint laju laju. hehe