1
Selamat hari lahir, Farid. Aku minta maaf lambat buat dedikasi kat blog ni haa. Tapi aku dah wish on time kan? hihi
Selamat menjadi tua. Jangan asyik membebel je. Belajar sungguh³. May Allah bless you always & may He grants you success in everything you do. :)
2
Dah cuti sempena Aidil Adha. Seminggu cuti. Budak³ Malaysia jangan jealous. Ni untung belajar kat Mesir. Tapi midsem pun dah dekat. Sepatutnya kena belajar, struggle masa cuti ni. But I've been busy. Kelmarin kena handle program PIOH. Ada pameran & fund raising for Palestine cause. 1 hari suntuk berbaju kurung, kat luar rumah. seawal 630 pagi dah terpacak depan Darul Rahmah. Lepas Isya' baru siap kemas semua. Sampai³ rumah dorang semangat heret aku pergi tengok kambing lembu bagai untuk korban esok. Sempat masuk toilet kejap je. Dah keluar balik. Sementara tunggu binatang korban tu semua yang entah kenapa sampai berjam³ nak sampai, aku ke hulu ke hilir hantar barang orang yang aku pinjam utk PIOH. hailaaa. Sampai³ rumah je malam tu, rebah. Dah lah bukan setakat peluk bolster & selubung dalam saratoga, sweater pun tak buka. Sejuk lah katakan. hekhek.
Dan semalam raya. Pagi³ dorang dah menjerit³ kejut aku bangun raya. Budak berdua tu AJK korban. Memang semangat waja yang sangat tinggi lah kan. Siap tadahkan aku air panas lagi. Tak boleh blah. Usai sarapan, gerak pergi tempat korban. Aku tak pakai lawa³, serabai je. Sebab tu tak ambil gambar. Inferiority complex disorder menyerang bila tengok budak³ perempuan yang lain lawa³ belaka turun tengok korban sebelum dorang pergi rumah terbuka. heh. Housemates aku bertanggungjawab uruskan agihan daging. Aku? Ouh. Aku tukang jaga barang yang sangat berjaya. hoho. Sambil usha orang lapah kambing & unta & aku rasa macam-oh-nak-jatuh-hati-sebab-macho-gila-kau. haa gitu. So I wonder how Budak celebrates this eid. ngehh ngehh ngehh.
Lepas Asar baru selesai semua benda. Bergegas balik sebab dorang nak solat & kemaskan diri. Terkejar³ pergi rumah terbuka Mighaa. Dapat laksam! nyum nyum. Tapi sebab penat & kalut tu, sorang pun tak bawa kunci rumah. Lepas dah katup pintu tu, baru sedar. daynggg. Tapi penat sangat sampai takde rasa nak panik gelabah bagai pun. Muka semua muka pasrah. Alhamdulillah, Zati masih simpan duplicate kunci rumah ni. Jadi dia pun dapat buka pintu. Tu pun masa Maghrib. Masuk³ rumah, uruskan apa yang patut, rebah terus sampai lah jam 10 tadi. Terjaga sebab bunyi bising kat luar. Rupanya si Bedah, Opie, Onie & Lisya mai rumah. hihi. Dan tadi dah kutip semua gambar raya yang perlu dikutip. Walaupun takde gambar aku, gambar³ member ada weyh. Kena kutip. Memori. Tapi semua kamera orang. Aku tak bawa kamera aku. Aku tukang tangkap gambar sikit³ je sebab aku sibuk jaga barang. haha. Sibuk lah sangat en. hoho. Nak tidur lepas ni. Penat. Esok ada jamuan raya lagi. hoish. Ni kena melawa. Kalau tak, menyesal. haha
3
Ni random je. Aku nak kongsi macam³ tapi sebab benda tu dah jadi dua tiga hari lepas, tak larat nak taip balik. Lepas tu, otak tak boleh nak keluarkan gaya penulisan yang proper untuk tulis kenangan dua tiga menjak yang buat hati aku bunga³ macam kedai bunga depan tu. heh. Tapi aku suka confession macam tu. Ok. Tu je nak cakap.
Nite nite, lovelies.
Dan Salam Aidil Adha. :)
Wassalam 안녕
2 comments:
slmt hri rye=)
salam aidil adha juga :D
Post a Comment