Other Entries

February 19, 2012

1st Week, Done.

السلام علايكم

The end of week 1 of semester six. phew.
alhamdulillah. Things had been good. Walaupun ada sikit calar sini sana tapi rasanya masih ok lagi. Masih lagi mampu keep up dengan jadual yg boleh tahan penuh. Nasib baik ada cuti hari Khamis & Jumaat. Itu pun tak boleh nak bermalas-malasan sangat. Tolong lah ada motivasi nak kejar markah kanak³ Jayyid Jiddan tu. Paling³ pun, tolonglah kejar balik markah tahun dua dulu. hailaaa. Tapi setakat ni, Comm Med atau Hajar kata Mass Comm yg paling macam Ouh, kena tahu ke semua ni? :O. Parasitology & Microbiology masih celaru. Organisms ni parasites ke microbes? Dan dan dan, PBL kali ni betul³ mencabar naluri inferiority complex aku. Serius, aku taktau kenapa wujud sindrom cuak melampau bila berhadapan dengan dia. Bukan sebab hati ini milik dia, no no no, dan bukan kerana terselit rasa ingin memiliki dirinya, its simply a feeling of inferiority. Ya Rabb. Tak pasal³ je. Tapi, aku berjaya mengharungi PBL tadi dengan jayanya. hooyeah!

Oh oh.
Sekarang ni, dah hampir seminggu ahli rumah bertambah. :)
Meet Bubu el-Valentine. Our new sweetheart. hewhew. Sweetheart lh sangat. Dah kena gigit tangan ni haa tak pasal³ & kena cakar. =..=' Padahal dia yg gedik nak masuk bilik dan manja³ gesel³ kepala kat tangan aku. haish. Rosak tangan ai. Oh. Bubu ni kucing Mira. Tapi sebab dia masih dalam trip percutian yg awesome, kitorang lah tukang jaga. Aku yg noob pasal kucing ni memang sangat blur lah kan. Macam mana nak tau kucing tu nak buang air pun aku tak tau. Aku siap tanya, dia ada angkat kaki macam anjing ke? lol. Ada yang kata soalan aku comel sangat. hailaaa. Nak buat macam mana kalau aku memang tak pernah bela kucing kan?

Dan dan dan, aku masih bertatih, masih dipimpin insan³ lain. Nak kata takde cacat cela tu, mustahil lah, sebab banyak je salah silap tapi, syukur sebab mereka ada, tak letih³ bagi semangat. yosh! Kena istiqamah ni. Hana pun dah bagi semangat trang tang tang dia. hihi.

Ok. Tu je. Kena baca kes minggu kedua ni cepat. Malam nanti ada makan³. hihi. Nak celebrate gadis³ yg cemerlang semester 5 haritu. :)

Wassalam 안녕

No comments: