Other Entries

April 8, 2012

STEP '12

السلام علايكم

Semalam, 6 April 2012, aku join satu program anjuran Kelab IKRAM Mesir di al-Azhar Conference Center, Kaherah.

Sliding Through Experience as Professionals

Sehari suntuk berjaulah semalam. Jam 5 pagi lagi aku & Jajaun dah berkumpul dengan semua Mansourians yang join STEP kat depan istad gama3ah. We arrived at ACC around 830 am. fyuh. Sampai³ je macam whoah, ramainya manusia! Almaklumlah, program ni kumpul semua muhafazah satu Mesir. Mestilah ramai. Dengar khabar, STEP kali ni dapat kumpul 260 orang ikhwah & 832 orang akhawat! Hebat gila.

STEP kali ni bertemakan Medicine & Faith Empowering The Muslim Doctors. Antara isi³ program adalah
  • Becoming Five-Star Medical Doctors - Serving Malaysian Health Sector
  • Medical Professionalism - What Medical Students Should Know?
  • Survival Tips for Medical Students

Dan ada diselitkan satu slot khas buat akhawat masa ikhwah solat jumaat. ngee. How to balance your life as a wife, mother & professional? Menarik aumm aumm. :p

Ohh ohh. Awesome talks by awesome doctors. A real medical doctors brought for us specially from Malaysia. wee wee. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj & Dr Hafidzah Hj Mustakim. I have so much respects for them both. Hopefully, apa yang dapat dalam program tu, aku aplikasi dalam hidup seharian, insyaAllah. Seriously, what Dr said is really a mind opener. ehh betul ke ayat? hewhew. Tak kisah lah. Yang aku tau, Dr made me thinks out of the box. And they taught us to flip all the negative emotions into positive ones. Flips this, flips that, manage your emotions, dont stifles them. :)

We were also taught to celebrate similarities & to manage diversity. Lagi³ sebab kita akan berkhidmat di Malaysia oh tanah airku yang berbilang kaum, bangsa & agama.
Allah pun dah berfirman :
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
- Ar-Rum : 22 -
See, even Allah has told us this diversity is one of His signs of greatness. Jadi kenapa kita nak kena diskriminasi atau bias kan? Oh well, aku tau, tapi sering lupa. Sampai lah Dr ingatkan kembali yang kerjaya aku sebagai doktor nanti memerlukan aku memberi perhatian sama rata kepada pesakit tak kira lah dia Datuk, Menteri, mat despatch, makcik, pakcik, Melayu, India atau Cina, kaya atau miskin, para doktor kena bagi perkhidmatan sama rata. But hey, this applies to all human being. As long as you're human, you should respect other human.

Apart from that, Dr ada bagi talk 'Survival Tips for Medical Students'. Goal utama tips ni Dr kata adalah untuk membentuk keperibadian holistik. Kiranya, kita excel dalam semua benda lah. Dalam akademik, kerjaya, pergaulan sosial, & hubungan antara kita dengan Allah. Ada 25 tips yang Dr bagi. Tapi Dr kata, tu cebisan je. :O Dr bagi yang penting³ je sebab almaklumlah, masa sentiasa mencemburui kita. ewahhh. Apa yang aku dapat simpulkan daripada 25 tips tu is you have to learn & use more of our brain to keep our IQ high, manage our emotions well, keep our body in a healthy conditions & the most important thing is our relationship with Allah. Itu yang penting.

gedebak gedebush kena satu hari suntuk semalam. Setiap yang Dr cakap, mesti akan dikaitkan dengan hubungan antara kita & Allah. Memang selama ni tahu hakikat semuanya kita buat ni niat kerana Allah. Tapi semalam mata & hati dibukakan lagi untuk kenal lagi betapa sangat pentingnya Allah tu. Yela, kadang³ kita ni terlupa. Syok sangat sampai lupa kuasa hebat atas sana. Tapi itu untungnya ada program macam ni. Untungnya ada usrah. hehe. almaklumlah baru rasa nikmat tu. Selalunya sebelum³ ni memang pandang sebelah mata je. hukhuk. Dan bila duduk dalam jemaah macam ni, memang lah ramai yang rajin ingatkan tujuan hidup ni. Untuk siapa. Kerana siapa. Dan siapa yang ada untuk kita. Allah. :) Jadi, moh lerh kita tanamkan dalam hati untuk menjadi seorang doktor muslimah yang bak kata orang zaman sekarang, yang OSEM. weee.

kami di ACC


Oh ye, jarang entri blog aku macam ni. Yela, aku mana reti berbahasa macam ni. Tapi aku dah janji nak kongsi dengan Ayah Mama intipati program semalam. Alang³ tu aku kongsi sekali kat sini. :)

Dan ye, kerana aku yakin Allah tu sentiasa ada untuk aku, aku semacam berbahagia dengan keputusan yang dia lontarkan. Walaupun ada satu saat tu hati semacam remuk tapi cuma sekejap itu. Mungkin sebab aku tau, Allah lebih sukakan ini daripada yang dulu. Aku tak cakap senang, serius tak. Kadang³ terlintas rasa sedih tapi cepat aku ingatkan diri, kalau aku cintakan dia kerana Allah, apa salahnya keputusan dia ni. Bukannya aku buang dia jauh³. Cuma biarlah jarak itu yang menjaga. Biarlah aku lihat dia sekadar dari jauh, biarlah tak mendengar suara, aku rela, sebab kalau dia jodoh aku, biarlah disatukan atas satu asas yang diredhai Allah.

fyuh. Serius redha tahap redha yang redha habis. Taktahu mana dapat kekuatan. Tang ni pun boleh nak senyum lagi. Tapi serius, kalau boleh, aku harap, dia lah jodoh aku. ngeh ngeh ngeh

haa. okay. tu je untuk kali ini. esok lusa tak janji akan tulis lagi. hehe. ai is very the busy woman. konon jela.

last, meh aku selitkan video STEP '12. :)


p/s : Ayah Mama, hehe, Hani sempat beli satu t-shirt. hehe. hehe. satuuuuuu je. hehe. serius satuuuu je. takpe kan? hehe.

Now, my personal war has begun.

Wassalam 안녕

No comments: