What time is it?
SUMMERTIME!
Subuh 3 pagi, maghrib 6 petang. Lalat berleluasa, nyamuk makin ganas. Kipas makin laju, bahang makin terasa.
Finals
alhamdulillah. 24th May 2012 marked the end of our final examinations. fyuhh. Semput jawab soalan. Hampir koma nampak soalan MCQ. Hampir pengsan tempuh soalan esei. Ibarat kena byssinosis jawab OSCE. hewhew. Dua minggu bergelumang dengan buku & nota, dua minggu tu juga lah otak tak dapat digest segala parasit yang wujud. Sedih. I get confused easily. haish haish. Hati ada rasa gundah. Taknak balik Mesir awal daripada tarikh yg dirancang. huhu. Tapi kita dah usaha kan? Natijah dia, kita serah kat Allah. Tapi aku doa sangat³ aku tak perlu balik Mesir semula awal³.
Dunia baru
Dunia baru equals to marriage! hehe. Favourite topic of the year. lalalala. Lepas habis OSCE haritu, a batchmate announced her engagement & their wedding date. wee. Tahniah sangat³, Farah. Bertambah dah satu lagi kenduri kahwin dalam list cuti kali ni. Yang lagi sorang tu, taktau bila nak buat pengumuman. Semua dah tahu tapi semua tengah tunggu kenyataan rasmi. hewhew. insyaAllah, naik semester baru nanti, ada 3 orang pengantin baru dalam batch aku. heh. Tahun depan, tambah lagi dua orang ok? Siapa? Aku dengan Farah. Farah lagi satu. Bukan Farah memang dah nak kahwin tadi tu. hikhik. Serius mengada³ impian tu. Padahal dah rancang taknak balik tahun depan.
The Dinner
Zati decided to cook for us! yeayy! Mungkin dah lama tak makan masakan dia, ada secalit rindu di situ. heh. Mengada. Dan semua makanan dalam gambar tu dia yang masak. Sorang! Tabik spring. Jajaun made cupcakes too. And Auni made bubur kacang hijau. Cuma Lisya tak ambil gambar juadah tu. Terlupa mungkin. Oh oh, gambar semua ihsan Lisya. almaklumlah, kamera telefon tak lawa. Kamera pun malas nak bawa. Harap ihsan orang je. hehe. Alang³ tu, nak luang masa dengan batchmate & usrahmate yang sangat disayangi, cik Ain. yela, lepas ni makin susah lah nak bermanja. Dah jadi hak si suami pula lepas ni, insyaAllah. Luang³ masa, ambil sikit seri bakal pengantin tu, tabur³ kat diri sendiri. haha. But we had fun. Terima kasih dekat tuan rumah sekalian. Your hospitality is greatly appreciated!
psst : yang paling berseri, tula Ain.
Gathering
Siang tadi, gadis³ semester enam batch 09/10 buat gathering. 630 pagi aku dah terpacak depan dewan squash. Lama tak keluar rumah pagi³ macam tu. Semacam tenang. Mungkin boleh praktis balik joging di pagi hari? Mungkin. Possibility is 0.05%. haha.
We enjoyed our games & of course the food. Dorang buat potluck. Tapi aku tak selera nak makan lah. Makan sekadar ambil hati orang kata. Nak buat macam mana, abdominal cramp ni dari semalam kacau selera aku. Makan pun sebab nak replenish tenaga badan. Saya kan budak baik, dengar cakap orang³ tersayang. hewhew.
Trip Back Home
Tadi pergi beli ole-ole. Meredah malam dengan cik Lisya. Esok mungkin berjalan lagi cari barang. Orang kampung kirim macam³ tapi tak dapat nak tunaikan semua. Nak ke Kaherah tapi tak berani. Musim³ undi ni, aku nak jauhkan diri daripada tempat³ yang jadi tumpuan orang. Kecuali lapangan terbang! Tu, memang tak dapat dielakkan. haha. insyaAllah, akhir bulan ni aku jejak kaki kat tanah air semula. Tapi tak terus ke rumah. Padan muka kat diri sendiri. Siapa suruh beli tiket tak semak jadual? Ayah Mama ke luar negara dua minggu. Awal Jun baru pulang. heh. Padan muka lagi sekali. Jadi sahabat sekalian, temujanji kita, atur selepas pertengahan bulan Jun ye. :)
Sangat rindukan Malaysia. Sangat rindukan rumah. Sangat rindukan mereka. Tapi aku syak aku akan rindukan Mesir nanti. Dan mungkin akan sangat rindukan Mesir. ehm. ye. Mungkin aku akan rindukan itu.
To those who aren't coming back to Malaysia this summer, duduk Mesir elok³. Hawa, Sabrina, siapa lagi? Take care ok.
Lagi? Itu je kot. Sekian sahaja entri yang memang langsung tak nampak flow ni. Kalau kena buat karangan, boleh naik darah cikgu bahasa baca.
hehe.
*masih tak dapat mood nak pack barang
Wassalam 안녕
No comments:
Post a Comment