Other Entries

July 6, 2012

Cuti di Hospital

السلام علايكم

Menghitung hari. :)
Isnin ni akan mula attachment kat hospital, in sha Allah. Tak sabar! Dapat jumpa Jajaun, Kadinott & Erna juga! Tak sabar nak pusing³ dalam hospital membontoti doktor. Jajaun kata best. Macam³ pengalaman dapat. hekhek

Cuti musim panas tahun ni terasa penuh walaupun jarang keluar rumah. heh. Padahal sejak zaman sekolah pun jarang keluar rumah. Sibuk bukan sibuk ke kelas itu ini, bukan sibuk ke kem itu ini. Tak macam kawan³ lain. Sibuk main nurse³ doktor³.

alhamdulillah, Izzah selamat menjalani pembedahan. Syukur sangat takde komplikasi besar. Cuma dia lambat sedar lepas pembedahan tu. Doktor kata lena sangat dia tidur. :)
Ihsan doktor, aku dapat masuk OT dari awal sampai akhir pembedahan. Scoliotic surgery. Doktor semangat suruh aku scrub in sekali. heh. Memang tak lah. Mampu tengok je. Plus, the one on the operation table is my sister, sanggup ke kau?

Hati ini rasa apa? hehe. Ada lahh. Rasa itu ini. Mereka tahu. Tapi rasanya korang pun boleh agak. Less than a week in hospital nursing Izzah. Dua malam teman dia di wad sebab Mama demam. Mungkin terkejut tengok kondisi dia lepas pembedahan tu. But Izzah is a strong girl. Hari kedua lepas pembedahan dia dah boleh duduk tegak. Sakit tapi dia buat juga bila doktor suruh. Terapi kan? :) She can walk by the third day. Bila dah boleh berjalan, urine bag dah boleh tanggalkan sebab dah boleh ke tandas. Perlahan dia jalan. Hari³ seterusnya, dia dah makin sembuh walaupun suhu badan dia tinggi untuk beberapa hari. Demam tapi dia boleh gelak³ sikit³ walaupun dia selalu marah kakak³ dia buat lawak tahap tinggi sebab dia kata sakit lah nak gelak. hekhek. Ampun. Kitorang cuma nak kurangkan tension semua orang.

Sekarang, dia dah makin laju berjalan. Takde lah laju macam dulu. Kiranya dah tak macam siput. ehh? Sebenarnya nak kata ada peningkatan yang awesome lah. Sebab tu aku cakap aku sibuk cuti ni. :) Bukan apa, kena jaga adik. Adik bongsu pula tu. Nasib baik Hana dah selamat kat KL. Dia tukang jaga sama. Minggu depan, Hana sorang lah jaga dia. Tapi dah kurang risau sebab dia makin sembuh kan. Klip kat luka pembedahan tu pun bakal dibuka minggu depan.

Oh. Tapi jangan cerita dekat AtukMak atau Nenek. Ayah Mama risau dorang risau sangat³. Biasalah orang tua. Cucu dorang pula tu. :)

Do pray for her too. :) Thankies, korang.
Tu je kot nak cerita. Ada lagi aktiviti yang dah dirancang lepas raya nanti tapi nanti aku bagitau ye bila sampai masanya.

Wassalam 안녕

2 comments:

nabila azmi said...

insyaallh cpt smbuh...

하 니 said...

:) in sha Allah. ni pn dh makin baik.