Other Entries

November 8, 2017

iSitter Baby Monitor App

السلام علايكم

Alhamdulillah Erselan is now 1 year 4 months old. He's growing up active & healthy.
Sekarang Abi Ummi tengah praktis biarkan dia buat aktiviti sendiri. Main sendiri. Makan sendiri. Tidur sendiri. Walaupun masih bertatih, nampak lah juga berdikari dia tu kadang-kadang.

Haritu, Ummi jumpa satu app iSitter Baby Monitor kat appstore. Maka dengan semangat membara, Ummi pun download. Apparently, sebagaimana baby monitor yang lain, app ni perlukan dua telefon untuk berfungsi. Yela, satu letak kat baby, satu letak kat parents/guardian.

Maka dengan penuh semangat waja, Ummi pun geledah almari, cari telefon lama Ummi. Gigih cas bateri sampai penuh, factory reset it & boom! Now the phone is Erselan's. huuu. Tapi dalam tu Ummi cuma install app ni je. Memandangkan telefon tu telefon lama, ios tak boleh update yang latest, maka kita install the old version of the app. App versi lama ni cuma ada baby monitor je. Tak banyak fungsi macam app terbaru yang Ummi install dalam phone Ummi.


Oh, iSitter ni senang je nak setup. Just register using any of your email account. Do the same with the app on the other phone.

 Ni settings page. Ummi dapat 7 days of free trial, makanya 7 hari sajalah dapat godek-godek settings. Free version tak boleh adjust settings jadi marilah kita redha lepas trial version tamat.

Macam yang korang nampak ni, korang boleh enable video streaming, lagi-lagi kalau masa tu korang tengah sibuk buat kerja rumah, dan biar anak-anak main sendiri kat bilik dia. Senang nak monitor. Tapi kalau rasa lelah ada video streaming tu, korang boleh opt for frequent images je. Macam Ummi sekarang Ummi off camera frequency tu. Yela, Erselan tengah tidur. Risau pula kang kamera hantar image benda lain Ya ampun minta jauh.



Ni main page iSitter ni. Lepas settle kan settings tu, maka kita pun boleh mula guna untuk monitor anak-anak. yeay simple!
Dekat telefon yang kita letak kat anak tu, tap kat gambar baby tu, lepas tu select which connection kita nak guna untuk transmission ni. Select je wifi rumah. Kalau takde wifi rumah, pakailah internet hotspot ke. 


Lepas korang pilih jenis connection tu, dia akan keluar available channel based on the connection. Makanya, pilih lah mana satu. In my case, there's only one channel. Yela, anak pun satu. 
On the other hand, this means that you can add up a couple more devices to one account. Memudahkan. Abi pun boleh join kalau nak. hmm. Best juga dapat monitor Abi. hm eh?


Akhirnya, setelah tekan sini sana, maka korang dapatlah tengok baby monitor. Haa, korang akan dapat view macam ni lepas select which channel to monitor. Kat sini, kalau korang enable camera view / video streaming, dia keluar kat sini lah gambar baby comel tu. hiks. Tapi memandangkan Ummi disabled features tu, makanya gelap gelita lah skrin Ummi. 

Dan lagi satu, yang bestnya app ni, dia boleh berfungsi walaupun kita keluar app / lock screen. So Ummi masih boleh multitask buat kerja lain guna telefon & save some battery life by locking the screen. weeeee.


Wassalam 안녕

No comments: