Other Entries

August 21, 2011

Attachment : Day 5


السلام علايكم

Semalam cuti! Jumaat kan. Jadinya takde lah attachment semalam. Semalam cuma ke DR tolong³ Hawa & Wani.

Dan tadi, aku & Mira sepatutnya kt Outpatient Clinic tapi heh mcm bosan je. Jadi ktorang minta izin ketua kumpulan tu nk mengendeng dekat O&G. Nak tengok C-section labour. KakNad lah yg buat ktorang rasa teringin sangat nk tengok.

Hasilnya, dapat tengok dua C-section & alhamdulillah ada rezeki nk tengok normal vaginal delivery.
Perasaan? Tak tergambar. Macam³ rasa. Masa mula³ sampai tu, terkejut tengok keadaan OT dia. Beza gila dgn OT kat UNC yg ktorang masuk haritu. Panas. Dan aku rasa aku hampir pitam pn disebabkan kepanasan tu. Sebab aku tak mabuk darah. Dan masa C-section kedua tu baru aku rasa berat kepala. Masa C-section pertama tu aku cool je. gahaha. Tapi cuak tu ada lah. Bayangkan doktor tu selamba je tarik bukaan perut tu. Tarik & tarik & tarik & tarik & tarik. ohkayhh. over Tapi ngeri juga lah sebab si mak tu dalam keadaan separa sedar kan. Bius separuh badan je. Terasa macam ugh korang ni kalau tak reti lagi nak hargai mak korang taktau lah. Sakit kot.

Yang normal vaginal delivery tu kebetulan je. Tak silap aku ni apa dorang cakap kat aku lah sebenarnya si mak tu tengah tunggu utk C-section juga tapi tiba³ air ketuban dia dh pecah. yela kot. Aku kurang pasti situasi sebenar tapi tadi ada kekalutan sebab taktau nak letak dia kat bilik mana. Last³ doktor bidankan si mak tu kt situ juga. Situ as in a waiting room. Take note ade dua orang lagi bakal ibu yg duduk & tengok si mak tu meneran kesakitan nk melahirkan. >.< Kalau aku dh tak sanggup dah. Sebab aku yg tengok pun dh terasa sakit. Si mak dh hampir give up. Taknak teran dah. Dia dh siap suruh doktor potong bagi besar & keluarkn je bayi tu. Tapi mana boleh en. Doktor kata no no no, its too big already. Semua nurse tu bg semangat suruh dia push juga. Ktorang yg buat attachement ni hanya terkelu. Pandang je. Aku taktau ape orang lain rasa tapi aku pn penat. Walaupun tengok. And they said the pain is 100 times painful than period pain. perghh. Sila lah hargai mak korang. Tolong lah. Derita whoah nak lahirkan korang tu. Oh. Sambung. Nurse terpaksa tekan perut si mak tu utk keluarkn bayi tu. And by one last push, alhamdulillah, selamat dua³. Si mak & si bayi. Masa dengar tangisan bayi tu, lega gila rasa dlm hati. Dan tengok muka budak³ sekeliling, semua muka lega. Si mak memang muka exhausted habis. Dan aku yg sekian lama tak larat berdiri terus keluar. Lepas tu balik. Singgah lounge UNC kejap. Nak aircond & ringankan kepala. hehe.
Ouh. Harini pun takde gambar. Terkedu tengok C-section sampai tak sempat nk snap satu pun.

* DR : Darul Rahmah
** O&G : Obstetrics & Gynecology
*** OT : Operation theatre
**** UNC : Urology & Nephrology Center
"Malam ni dah mula 10 malam terakhir. Selamat mencari Lailatul Qadr. Lebih³ lagi malam ganjil. =)"
- BL -

Jangan ingat nak raya je korang.

p/s: Thanks for the constant reminder. Selamat mencari Lailatul Qadr juga, awak.
Wassalam 안녕

No comments: