Other Entries

August 22, 2011

Of Attachment & PIOH

السلام علايكم

Harini taknak cerita tentang attachment. Sebab hakikatnya baru aku & Mira perasan, unit ESWL yg patut ktorang masuk harini adalah tempat yg ktorang pergi utk MRI walaupun baru harini ktorang faham kenapa mesin tu macam tu haritu. Mungkin nanti³ kalau aku rajin, aku tulis kaitan ESWL dgn apa yg aku cakap pasal MRI & EMSE haritu.

♦♦♦♦♦♦♦


Alhamdulillah, majlis ni berjalan lancar walau tak selancar yg dirancang. Dan walaupun penat walhal aku tak buat apa sangat tapi puas hati lah. Tapi terkilan sikit sebab tak dapat dengar penuh ceramah tu sebab aku kat bilik sebelah, ditemani Husna & KakTeem, sediakan iftar utk tetamu yg hadir dengar ceramah tadi.

Aku sebenarnya nk promote kempen ni. Tapi aku amatlah tak berbakat dlm mempromosikan sesuatu, yakni orang, barang, kempen, jamuan, majlis & perkara seumpamanya. Jadi aku cuma guna sumber³ lain & tolong sebar³ je. haih. Oh well, its better than none kan. dalam hati pujuk diri sambil ingat pesan Mira ngeee


Dan padahal berapa ramai je pelajar Mansoura yg baca blog aku ni pun aku taktau lah. Seciput je. ngehh. Mcm tak bagi efek. Tapiii tapiii, bila banyak tapi keluar,sila ingat pesan Mira paling kurang pun itu dikira usaha lah en. ngeee

Dan dan dan, korang boleh lah refer kat blog rasmi Palestine in Our Hearts (PIOH) untuk maklumat lanjut pasal aktiviti³ yg dianjurkan sempena kempen ni dan cara³ korang boleh bagi sumbangan dana untuk Palestin dan paling kurang pun, dapat tingkatkan ilmu tentang Palestin. sedang ingatkan diri sendiri sebenarnya

Ohh. Tu je kot nak kongsi. Tadi kena marah dgn BL & KNad sebab berangan nk balik sorang³ atas alasan musyrif takde which is almost true & taknak susahkan sorang sahabat yg setia menemani.

Terasa sungguh disayangi! hehe.

Jgn cari suami yg main BOLA, sbb dia akan sepak kite..
Jgn cari suami yg main BADMINTON, sbb dia akan pukul kite..
Jgn cari suami yg main VOLEYBALL, sbb dia akan tampar kite..
Jgn cari suami yg main TAKRAW , nanti dia akan timbang dan lipat kite..
Tapi cari lahh suami yg main RUGBI, sbb dia akan peluk dan sentiasa LINDUNGI kite..
- Kak Faz share kat facebook -
p/s : Dengar khabar, BL hebat main rugbi. gagagaga

Wassalam 안녕

No comments: