Other Entries

November 10, 2011

Sambutan Adha 2011


السلام علايكم

Raya memang sinonim dengan jamuan, rumah terbuka, makan³ bagai.
Lagi³ Aidil Adha. Banyak daging korban kan. Jamuan persatuan pelajar ada, jemputan rumah terbuka pun banyak. Tu tak masuk juadah kat rumah sendiri.
Dan aku memang sinonim dengan makanan. hekhek. Dan secara rasminya *baru check tadi*, berat aku dah naik jadi 52kg. Tahniah diri. ngehh ngehh. Lepas ni boleh mula kawal makan & menari semula. Keluarkan peluh. Aku malas nak pergi istad joging. Jadi aku buat keputusan nak mula menari balik. Ambil mood zaman sekolah dulu. Menari sorang³ dalam bilik, sampai penat berpeluh³ antara Asar & Maghrib. heh. Senang. Tak payah fikir baju apa yang sesuai nak pakai. Kalau keluar joging kat istad, kena fikir nak pakai baju apa lagi. Pening mak. hoho

Dan, kalau dah ada jamuan bagai, mesti dapat ramah mesra dengan Budak en. ehh tak. tak. I mean, dengan kawan³ seperjuangan. hekhek. Tang mana aku nak bermesra dengan Budak pun aku tak tahu lah. Nak kena lempang dengan Ayah? ngeee. Budak pun mungkin terajang aku kalau aku bermesra tak tentu pasal dengan dia. tsk tsk tsk.
Ada gambar ramai³ dengan student semester 5 lagi. Memang tak semua ada lah tapi majoritinya wujud. ehm. Tapi bak kata Amy, lupa pula nak tangkap gambar dengan ex-Tutor 3. hailaa. takpe takpe. Next year ye. Dan setiap kali pergi rumah terbuka je, mesti ada ambil gambar. Tapi tak semua publish lah. Kena simpan juga. Takkan semua nak tayang ye dok? heh
Dapat manja³ dengan mereka³ yang jumpa masa beraya. Ada kenal kakak³ baru. Sempat jadi gila dekat rumah orang. ehh? =.=' Raya kali ni best! Tapi tiap kali raya pun mesti aku rasa best kan? hoho. Tak kisah lah. Aku suka raya ni berbanding raya aidilfitri haritu. Mostly because I was alone on eid fitri but I'm surrounded by friends this eid adha. Jadinya sangat suka! Gembira riang di hati. hekhek. Dapat rasa Hajar masak sedap³. Dapat mengendeng lama³ dengan Jajaun. Suuuuuuuukkkkkaaaaaaaaaaaaa. Dan dapat sweater baru! ehh? Ada kena mengena? hikhik. Takda. Tapi aku nak selit juga. Aku dapat sweater baru yang oh-so-warm-nyummy & sangat awesome bila pakai sebab dia panas. Dan sebab...dan sebab...dan sebab... *ayah mama mesti tengah perli aku lagi pasal sweater ni* hikhik...

Dan nak tahu tak? Tadi pergi jamuan di Kafe Hasanah. Lepas tu jumpa dengan anak sorang akak ni, comel sangat! Geram je tengok. Pandai pose depan kamera. Oh, dia lelaki. Tapi dia comel!!! Gewamm! hihi. Kalau orang tengah main³ dengan dia kan, lepas tu ada orang hala kamera kat dia nak snap gambar dia, dia mesti terus pandang kamera tu. alolololololo. Gewamm. Dengan pipi yang sangat auuummmmm, memang rasa nak gigit je.
Dan aku tak lepas peluang lah nak dukung dia kejap. Walaupun aku ni ada fobia sikit dengan baby tapi sebab dia sangat comel auummmm gitu, aku beranikan diri juga. hihi. KakChik kata tahun depan giliran aku pula. muahahaha. Doa doa doa. Tadi dah ambil berkat dah. bahahaha. Berangan je aku ni. hailaaa. Tapi baby tu serius sangat comel. Kena tengok dia depan³ baru faham kot. gahhh.

Okayhh. Apa lagi nak cerita? oh. Gambar³ tu semua aku ambil daripada Jajaun, Lisya, Kadinott. Sebab aku tak guna pun kamera aku. Senang. Copy je gambar yang dorang upload kat facebook tu. hihi

Tapi on the downside, dek kesibukan urus PIOH, korban & penuhi jemputan rumah terbuka ni, berapa jam je aku dapat spend masa nak study. Dengan PBL tak siap lagi. hailaaa. Kelas mula 13 Nov ni. Sempat kot nak siapkan. hailaaa.
Okayh. Nak buat PBL lepas ni. chioww

Ohh. Terima kasih pada sesiapa yang bermurah hati bagi makanan kat kami raya³ ni. Tak kisah lah spageti yang pedas tu ke, nasi minyak yang lupa letak garam tu ke, kek batik yang seconet tu ke, kuih arab yang memang hari³ jumpa tu ke, semua juadah kat rumah terbuka yang sangat nyummy tu, terima kasih sangat³. Murah rezeki kami raya ni. alhamdulillah. InsyaAllah tahun depan giliran kami pula buat ye. hukhuk. Tak janji. Tapi niat tu ada. weehooo.

Nite, lovelies.
Wassalam 안녕

2 comments:

nabila azmi said...

hehe..kannn..meriah kann.

hari2 rs nk pecah perut plak=p

.alang2 nak buat ti jemput la org di sini=p=p=p..

하 니 said...

heh. insyaAllah kalau jadi buat, ktorang jemput lah. ngee