Other Entries

January 24, 2014

Post-Stressful-Exam

السلام علايكم

Alhamdulillah. Final examination of Semester 9 has already finished. MCQ dah melemahkan semangat, esei terus buat hati macam lebur tapi OSCE gives my hope back. Maybe, just maybe, the result will come out well. Oh, sekarang tinggal masa untuk tawakkal. Usaha sudah. Walaupun, diri sendiri tahu yang masih banyak lopong-lopong boleh diisi. hm.

Sepanjang study week haritu, rasanya macam dapat belajar banyak benda. Non-academically. Non-medical. Put aside my medical studies. Dulu, sorang-sorang. Sekarang, berdua. Terasa cabaran dia. Dulu, urus masa sorang-sorang, sempoi je. Sekarang kena susun masa sesuai dengan si dia. Dulu, giliran masak tukar-tukar dengan ahli rumah. Paling koman pun, masa study week, masak sendiri-sendiri. Sekarang, dah jadi chef si dia. Nasib baik dapat si dia yang rajin offer diri masak juga. Sekali dua, means a lot. Lagi-lagi bila rasa macam tersepit antara mengejar masa & mengejar silibus. Dulu, kemas bilik ala kadar, ruang rumah lain kemas semampunya. Duduk sorang lah katakan. Sekarang, buku bersepah sikit, otak dah mula serabut. Fikir nak kena atur seluruh rumah lagi. Fikir si dia tak senang tengok barang berselerak. Nasib si dia jenis rajin menolong. Kadang-kadang jadi segan. hoho. Dulu basuh baju sendiri, berapa helai je pun. Sekarang, bakul baju tu macam kecil sangat, cepat penuh. Nak malas basuh baju pun jadi segan dengan si dia. Lantas merajinkan diri. Baju tak berlipat, ditangguh-tangguh atas alasan nak siapkan yang lebih prioriti, si dia dengan berhemah didik diri ini, tolong jangan malas sangat Hani. hoho. Belum masuk benda-benda kecil. Lagho pun banyak. eish eish.

Cumanya, nak cakap, pengurusan masa masih tak hebat. Dulu masa hidup sorang, rasa dah cool dah jadual harian tu. Tersusun satu-satu. Lepas kahwin ni, Allah nak didik jadi insan lagi hebat, terus kelam kabut nak juggle semua urusan.

Tu belum masuk hal kewangan. I used to be proud with how I manage my allowance. Tapi Allah uji lagi bila dah kahwin ni, monthly budget ke kanan kiri. Cuma setakat ni semua masih terkawal, takde yang terlebih guna. alhamdulillah. Nasib baik si dia pun tak minat berbelanja luar.

Bila masuk bab belajar, dulu, tanggungjawab tak sebesar sekarang, kalau hari bukan giliran memasak, balik-balik terus belajar lecture pagi tadi. Tapi sekarang, hari-hari giliran memasak. Balik-balik dah ke dapur. Baru faham macam mana Mama sampai-sampai rumah je, lampu dapur dia switch on dulu, dengan kurung yang tak tukar lagi, siapkan mana yang patut untuk keluarga, baru urus diri. Tapi, macam biasa, tahap diri ini tak macam Super Mama. I still find times to slack off. Terjadi je situasi di mana si dia yang akan masak, atau berjaya pujuk si dia untuk makan di luar. haha.

Study week ni mencabar sebenarnya. Sebab dah ada teman kan. Lagi-lagi dua-dua suka main game. Haa, lekat kat laptop entah buat apa. On the positive side, ada teman nak discuss bahan belajar. Teman nak membebel bila stress belajar. Dan juga teman yang tolong urut kepala bila migrain datang cak-cak.

Lama tak menulis, mula lah cepat hilang tujuan menulis. Tujuan sebenar nak cakap yang banyak benda yang aku dah belajar. In terms of improving myself. I thought I was fully prepared before this marriage, yet I still struggle a lot to juggle everything. Nasib baik sekarang masih belajar, kalau tengah sibuk bekerja? Mungkin boleh buat perang dengan si dia. hoho. Perancangan Allah tu yang paling baik kan. Dia tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi ni bukanlah promosi suruh kahwin masa belajar. Kalau rasa taknak, toksah lah. Kalau rasa belum sedia, pun toksah. Kalau rasa nak sangat tapi hak ahli rumah pun masih tak tertunai, lagi-lagi bila masuk fatrah imtihan tu, mohon fikir dua tiga kali. hm

Ok. Tu je. Nak sambung berangan jadi Super Wife. haha.
Cuti musim sejuk dua minggu dimulakan dengan meeting, diisi dengan beberapa tugas & amanah, dihabiskan harapnya dengan ada paling koman pun sedikit manfaat. Ya, di Mansurah.

Wassalam 안녕

1 comment:

lavenderlover said...

hwaiting hani! have a happy holidays =)