Other Entries

Showing posts with label 30 Days Challenges. Show all posts
Showing posts with label 30 Days Challenges. Show all posts

September 27, 2011

Day 10: Something you're afraid of

السلام علايكم

muahahaha. Banyak benda! I'm afraid of lots and lots of things. Penakut aku ni. gahaha.
Aku tak suka tengok cerita hantu. Cerita seram. Sila lah jangan. Aku boleh tengok. Tapi nanti aku terbayang. Tapi aku berani duduk rumah sorang³, jalan sorang³. =.='

Aku takut binatang yang merayap³ ni. Takut + geli. gahh. Meremang. Tapi sekarang macam dah macho sikit kalau nampak lipas. Dah boleh control cun kalau nampak lipas. HAHA. Kalau tak dulu, lipas kat hujung blok, aku kat hujung lagi satu ni dah menjerit lari lintang pukang sampai tingkat bawah boleh dengar. Take note dorm aku dulu tingkat empat. gahahaha. Tapi, aku masih tak boleh terima lipas yang kudung & yang bunting. grr. Kudung laju gila! Yang bunting pula main terbang³. gahhh. Tak.Boleh.Terima....

Lagiiiii. ehm. Aku takut tengok dasar laut. Aku suka berenang. Kalau dapat snorkeling tu lagi best! Dan pernah terdetik nak ambil lesen scuba diving. Aku suka. Tapi, aku ada satu rasa ni kalau tengah snorkeling. Kan kita akan berenang³ sambil tengok dasar laut tu kan. Lepas tu aku akan khayal tau. Macam amazed. Lepas tu mula lah otak aku fikir bukan³, kalau aku tiba³ lemas ke, kaki cram ke or ada unknown force yang akan tarik aku sampai dasar laut tu lepas tu aku akan left alone or attack by a bunch of scary sea creatures. Dan lepas otak aku merewang tu, aku akan secara automatiknya menggelabah dan terus berhenti menyelam. Angkat kepala, tengok keliling, lepas tu tarik nafas lega sorang³ sebab keliling aku ada lagi orang. fuhh. Aku selalu bayangkan aku dah dihanyutkan ombak laut sampai entah ke mana. wuu wuu wuu. Ngeri. But that doesnt stops me from enjoying snorkeling & my wish to try scuba diving sometimes in the future. gahahaha.

Another...
Failure. Common thing. Almost everyone is afraid of failure. The reason I'd like to keep something in my peaceful pace. I'm not a perfectionist. I dont calculate each step I'll take nor do I analyzes them. Tapi aku akan buat sesuatu within my limit. Nothing too much. Tapi Allah dah susun satu³ kan rencana hidup kita ni. Macam kau, aku tak pernah jangka hal ni akan terjadi antara kau dan aku. You are what I used to call something impossible for me to have. Dan ya, hidup aku lain dah. I need to strive even harder than I always do.
Its true when they said,
"Nothing that’s worth having ever comes easy."
And the same goes to this degree I'm currently pursuing. =.=' Aku tak rasa lagi tekanan jiwa belajar kat sini. ehm. But what worries me is I dont seems to have the passion. You know, the passion like Jajaun's or Farid's. Ye, aku risau kalau aku tak lulus tapi aku tak berapa nak risau kalau aku sekadar lulus. Hence, I officially announced that I'm doomed. Kenapa? Sebab bagi aku, kalau kau mumtaz sekalipun, tapi jiwa kau takde dalam apa benda yang kau buat, thats the worst failure ever. Tapi sebab otak aku ni masih ada fius³ yang tak rosak lagi, aku cuba lah korek³ cari mana pergi perasaan ni. Ada lah jumpa cebisan dia. Boleh lah nak kutip, tanam dan semai balik. alhamdulillah, ada lah kemajuan sikit daripada dulu. Terima kasih kepada mereka yang memberi semangat semester empat lepas! heh.

Lagiiiiii? Apa lagi eh yang aku takut? Aku rasa banyak sangat lah. Dah kata en aku ni penakut.
ehm. Tapi aku rasa aku takut dengan benda yang aku tak nampak je. Yang aku nampak, aku kurang takut. Macam, yela, hantu tu yela, tapi aku maksudkan something related to feelings. Macam tadi, aku takut kalau aku gagal en. So add another one to the list. Aku takut kehilangan. Sangat takut. Dan aku takut cara aku hadapi kehilangan tu. gahh. Dearself, you have some critical issues here. Sila hentak kepala ke dinding. =.='

Gahh. Tu jela. Kang tulis lagi banyak, macam³ keluar. gahhh. Macam ada whirpool je dalam jiwa ni. cett. Need to purify it. Have to.

Dan aku taktau macam mana korang larat baca bebelan aku sampai bawah ni. >.<
Alrite. Enough. Sila jaga diri korang. :)

Wassalam 안녕

September 23, 2011

Day 9: A favorite picture of your best friend

السلام علايكم

I dont know whether best friend is the appropriate term or not. Sebab aku jarang label kawan³ ni. Yang aku tau, aku kenal, aku berkawan, tau³ aku dah sayang dorang. Dan aku pun tak pasti rasa tu satu hala atau dua hala. =.=' So yeah.

Behold...
Mereka yang aku simpan erat dalam hati. ♥

p/s : aku susun secara rawak

Dan ada sorang dua yang aku tak letak. Sebab aku tak jumpa gambar dorang!! Grr. Sebab tu zaman sekolah menengah en. Gambar semua banyak dalam hard disk kat rumah Malaysia. haish. But nevertheless, Oshin & Izzani, korang masih dalam hati aku. :)

Dan ye, aku ada masalah nk buang orang dari hati. =.='
Dan kejap. Dia suruh letak gambar je kan? Tak suruh membebel kan? >.<

Wassalam 안녕

September 22, 2011

Day 8: A place you've traveled to

السلام علايكم

Ni pun aku taktau nak tulis pasal tempat yang mana satu. ehm
Keluarga aku ni memang suka berjalan bercuti. Sejak kecil kot. Kalau cuti sekolah tu, ayah aku angkut kitorang semua pegi jalan. Ada je tempat dia nak bawa. Rasanya macam dah pusing satu Malaysia dah. Negara³ berjiran pun dah jejak. alhamdulillah ada rezeki lebih nak tengok tempat orang en.

Tapi sejak aku duduk Mesir ni, memang takde lah kan tiap kali aku nak berjalan aku angkut semua orang. Kenapa? duhh. Sebab keluarga aku semua takde kat sini lahh. I'm all alone here. *tunduk kuiskuis tanah* Tapi kat sini aku berjalan dengan kawan³. hihi. Allah. Gaya macam aku dah pusing satu Mesir je. Padahal satu Mansoura ni pun aku tak habis jenguk lagi. Kalau pergi Kaherah tu, balik³ pusing City Stars dan ARMA. Itu jela aku tau. Paling advance, aku pergi Haiyu Sabe'. Itu pun teman Onie urus zakat dia. ehh ouh ouh! Ada! Sekali tu. Sebelum balik Malaysia untuk cuti musim panas masa aku tahun satu. Kitorang satu rumah pergi ziarah masjid³ yang wujud kat Kaherah tu. Pergi masjid yang 4 mazhab tu. Ziarah makam itu ini. haa. Itulah. Tapi kejap je. Sebab tujuan utama datang nak pergi ARMA, nak minta cop pengesahan. Masa tu kan semangat nak mohon biasiswa. hihi.

Kalau area Iskandariah, pusing³ mesti dorang nak jejak Carrefour tu. Takpun dorang pergi err aku tak ingat nama dia tapi yang ada boling tu and tempat³ shopping lah selalunya. Cuma sekali je, masa lepas habis exam sem 4 haritu, kitorang pergi main pantai. wuu wuu wuu. Syok! Selalunya jalan³ tepi pantai je sebab nak masuk pantai kena bayar kan. Dan kalau dah jalan³ tepi pantai tu, singgah lah Bibliotheca Alexandria. Perpustakaan terbesar di Benua Afrika. Tak silap aku lah. Korang pergi lah google. Lawa! Aku suka! ehm. Lagi? Aku rasa tu je kot.

Aku tak banyak berjalan pun sebenarnya kat Mesir ni. Selain faktor malas & kekurangan bajet, nak cari orang nak meneman berjalan tu pun payah. Kang aku gerak berdua dengan Jajaun je kang, ramai yang risau. Ayah Mama tu bukannya boleh lepas anak dara kesayangan ni merantau entah ke mana³. BL pun lagi lah. Kang panjang sedepa muncung dia. haaa. Macam mana nanti?

Tapi, aku masih berangan nak berjalan ke Eropah cuti musim panas nanti. Tengok lah. Tahun depan atau tahun³ depan. Tengok lah bila ada rezeki. hee. ok lah. Tu je kot aku nak merapu. Rasanya macam dah lari tajuk. Tapiiiii. Tak kisah lah. hihi.

Wassalam 안녕

September 21, 2011

Day 7: Favorite movies

السلام علايكم

Needless to say, I'm a Potterhead. :D
Secara automatiknya, filem kegemaran mestilah Harry Potter kan? hehe. Dan aku pun bukannya kaki wayang jadi aku sangat lah tak ambil tahu filem³ ni. Kalau orang bagitahu, aku tahu. Kalau tak, aku taktahu. Tapi sejak duduk Mesir ni, banyak lah juga cerita aku tengok. Pinjam³ tukar³ cerita dengan hard disk kawan³ kan. Tapi tak semua lekat. hehe. Setakat nak release tension je tengok. Yang aku duk ulang³ tengok, HP juga. hihi.

Dalam lapan³ cerita, aku suka dua ni. Jangan tanya kenapa. I just do. And dont argue.


Dan dan dan. Aku suka gila cerita ni!
OHHMEEGEE! Cuteness overload! gegegege

Okay. Cerita apa lagi eh? ehm. Yang lekat kat otak aku masa ni cuma cerita ni je. So. ehm. Ni jela kot. Enough, right?

Takyah tulis sinopsis ke apa en? heh. Alaaa. Korang pun tau cerita ni pasal apa. :)

hehe. Okay then. Tata, lovelies.

pictures credit to :
http://www.movie-list.com/trailers.php?id=harrypotter3
http://www.onlinemovieshut.com/tag/harry-potter-and-the-deathly-hallows-part-2-poster
http://www.budiey.com/sinopsis-geng-pengembaraan-bermula-upin-ipin/

Wassalam 안녕

September 19, 2011

Day 6: A picture of something that makes you happy

السلام علايكم

ehm.
Ini susah. Lots of things make me happy. Nak pilih yang mana ye? ehm.
I think I'll go with this.


Aku boleh senyum lebar tak ingat dunia keliling setiap kali tengok screenshot ni.
:)

Wassalam 안녕

September 18, 2011

Day 5: A song to match your mood

السلام علايكم

I'm full. Baru balik dari makan Domino's Pizza yg baru buka cawangan kt Mansoura ni.
Jadi bila kenyang masa malam³ gini, aku akan mengantuk.
This means I'll be posting one of my favourite lullaby.


Bersama Bintang - Drive

Senja kini berganti malam,
menutup hati yang lelah
Dimanakah engkau berada,
aku tak tahu dimana

Pernah kita lalui semua,
jerit tangis canda tawa
Kini hanya untaian kata,
hanya itulah yang aku punya

Tidurlah, selamat malam,
lupakan saja lah aku
Mimpilah, dalam tidur mu,
bersama bintang

Sesungguhnya aku tak bisa,
jalani waktu tanpamu
Perpisahan bukan lah duka,
meski harus menyisakan luka

Tidurlah, selamat malam,
lupakan saja lah aku
Mimpilah, dalam tidur mu,
bersama bintang

Tidurlah, selamat malam,
lupakan saja lah aku
Mimpilah, dalam tidur mu,
bersama bintang

Lupakan, diri ku,
lupakan aku
Mimpilah, dalam tidur mu,
bersama bintang


Lirik dia, oh well, tapi aku suka lagu ni. Biasanya memang akan terlelap lah kalau dengar.
Dan sebab, hihi, sebab ade kena mengena dengan BL. Ada situasi antara aku, BL & lagu ni.
So yeah.

Konklusinya di sini, aku mengantuk & ye ye ye, I miss you, Budak.

Okayh. Kena tidur. Tapi sebelum tu kena siapkan artikel untuk hari esok. yosh.
Selamat malam. :)

Wassalam 안녕

September 16, 2011

Day 4: Your Parents

السلام علايكم

They're my favourite!
muehehehehe.

Nak cerita pasal apa eh? ehm. I dont really like to talk bout them in blog. Kalau membebel pasal dorang pun, its about nothing in particular. Random je. Because I'd like to keep them for myself. gahahaha. Tamak tamak tamak.

But here we go. Sikit pun jadi en.

CikJoi & Oteh. A couple. A perfect one. With an almost perfect marriage and an almost perfect daughters. hikhik.

Dua³ cinta pertama, kan?
Masih kekal romantis, lagi³ ayah. wuu wuu wuu. I tell you, Ayah is the most romantic guy I ever met! And Mama is the luckiest woman on Earth to be married to such a guy like Ayah. And of course, Ayah is completely perfect with Mama by his side.

They are what I called the perfect couple which completes each other. Sangat³.
Ask anyone. Mesti cakap benda yang sama. You can see it everyday. Every second. And trust me, up till this day, you can still feel the love is in the air.

weewooot.

Thumbs up to my parents!
alhamdulillah, I am bless with their presence in my life. Surely, I rarely tell them how much I love them but I know, they know I love them too much. Sampai dah taktau tahap mana dah.

Tapi ye, sangat cemburu ye dengan dorang. Lagi³ kalau tengok dorang bercinta. grr.
Tengok lah nanti kalau Hani dah kahwin. Tengok lah! grr.

ehm. Apa lagi eh? Tu je kot. Cukup³ lah ni. Kang kembang pula Ayah & Mama yang duk baca entri ni. hihi.

Till then, lovelies.
Wassalam 안녕

September 9, 2011

Day 2: Meaning behind your blog name

السلام علايكم

fhanizul.blogspot

Honestly its because I ran out of ideas. Its hard to come up with something original these days. hikhik. Kiranya, nak cari yg original & dekat di hati tu payah.
Jadinya, guna jela nama sendiri. hukhuk.

Lame, me is lame. =.='

p/s : I'm drafting something bout you now. But I need to be in the mood first. Tunggu ok?
Wassalam 안녕

September 5, 2011

Day 1 : Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts

السلام علايكم



ehm. Pasal 15 fakta menarik ni, aku taktau nak tulis apa. Fakta tentang aku ada tapi takda lah menarik. Dan aku tak suka 15. Selain tak lawa no offense to those who like 15 15 juga terlalu banyak. Aku suka 7. So lets change it into 7 facts about me rather than 15 interesting facts, shall we? And this is without special order. I just wrote what pops into my head.

Fakta³
1. Manja. Aku cakap biasa pun orang kata aku macam olah suara jadi manja. =.=' Siap ada yg kata, aku marah pun kalau dorang tutup mata, tak rasa pun macam aku marah sebab suara macam manja je. >.< Tensi weyh tensi. muka emosi Aku pun tak faham apesal.

2. Kuat makan. Aku sangat³ suka makan. Suuuuuukkkkkaaaaaaaaaaaa sangat³. Masa kat SBS dulu, dorang panggil aku 'Ratu Makan'. ngehh. Semua aku suka makan. err. oh well, tolak few things macam bawang walaupun aku sgt suka bau bawang ditumis dan sayur³ yg pahit & err ape lagi eh? Tapi aku suka telur, daging, udang.... nyum nyum. pergh. Lapar pula. hikhik

3. Cemburu. Aku jenis yg buta sikit. heh. Cepat cemburu. Sangat cemburu. Dengan semua benda, orang. Dengan keluarga, kawan³. Semua. Tapi sebuta³ cemburu aku ni, takda lah sampai melampau tahap nak kongkong orang. heh. Tapi ya, aku kuat cemburu. Ayah pun dh tak larat layan dh aku rasa. I think I got it from mama. She is....... okay, taknak cakap, nanti mama merajuk.

4. Merajuk. Ni cukupkan pakej 1 & 3 tadi lah. Merajuk sambil muncung panjang sedepa dengan aku ni tak dapat dipisahkan. Teringat kisah raya tahun lepas, aku merajuk gila³ dengan semua orang semata³ sebab takda orang nk layan dahaga aku. hikhik. Dengan usu sekali jadi mangsa aku. Jenuh satu kampung nk pujuk. hehe. Soriiiiiii. c(:

5. Cinta. Ye saya. Diri ini penuh dengan cinta. Semua benda aku boleh relate kan dengan cinta. hehe. Sebab cinta ni macam³ kan. Dan aku pula memang manusia penuh rasa cinta. Hati sangat senang berbunga³. Mama pun kadang³ pasrah je dgn aku. Hana pun. Tak larat dah. Tak kira lagi housemates aku. Semua dh lali. *cakap ni sambil senyum sorang siap ade heart keliling kepala*

6. Kawan. Eliza once said that I get attached too easily. Entah. Aku sangat sayangkan kawan³ aku. hihi. Ini, korang yg kenal aku dalam dunia realiti je faham kan kenapa? weeee

7. Tidur. HAHA. Ini tak dapat dipisahkan juga. I can sleep the whole day. As in the whooooolllleeeeeee daaayyyyyyy kalau aku cuti. Salahkan katil & bantal & currently, my bolster yg sangat sedap sampai tidur tu nikmat sgt. hehehehehe. eish, anak dara perangaiiiiiiii. Lepas ni, mak mertua baca, habis lah den. eh! Bukan mak mertua je. Mama baca ni pun mau aku kena hempuk. ngeee. Love you ma.

Wassalam
안녕

August 28, 2011

Day 0: The 30 Days Challenge Explanation and Description

السلام علايكم

Day 0: The 30 Day Challenge Explanation and Description
Day 1: Introduce, recent picture of yourself, 15 interesting facts
Day 2: Meaning behind your blog name
Day 3: Your first love
Day 4: Your parents
Day 5: A song to match your mood
Day 6: A picture of something that makes you happy
Day 7: Favorite movies
Day 8: A place you've traveled to
Day 9: A favorite picture of your best friend
Day 10: Something you're afraid of
Day 11: Favorite tv shows
Day 12: Something you don't leave the house without
Day 13: Goals
Day 14: A picture of you last year - how have you changed?
Day 15: Quran verse
Day 16: Dream house
Day 17: Something you're looking forward to
Day 18: Favorite Place to Eat
Day 19: Something you miss
Day 20: Nicknames
Day 21: Favorite Picture of yourself ALL TIME Why?
Day 22: What's in your purse?
Day 23: Favorite Movie
Day 24: Something you've learned
Day 25: Put your iPod on shuffle, first 10 songs
Day 26: Your Dream Wedding
Day 27: Original Photo of the city you live in
Day 28: Something that stresses you out
Day 29: 3 Wishes
Day 30: a picture of yourself this day and 5 good things that happened since you started the challenge

Okayhh. This is so random & out of blue. Not to mention out of date too.
Tapi tiba³ tadi tempted to try this infamous blogger challenge.

This thing is interesting but it can be quite boring for some readers and not to mention to me myself. >.< Tapi tak kira. Nak cuba juga. Dan aku akan kemaskini entri seperti biasa, itu pun kalau ada yang menarik untuk dikongsi. Kalau tak, aku hidangkan korang dengan cabaran tigapuluh hari ni jela eh.

I'll start tomorrow, i guess. Or later in this day. muahahaha. It depends, really, on my unstable girly mood. or you could called it hormones ^^
I better sleeps for a while now. Dont want to miss another day of attachment. Cukuplah terlajak tidur semalam. gahhhh

p/s : its a chance to get to know me better, though you've known me well enough, dear
Wassalam 안녕