Other Entries

Showing posts with label Attachment. Show all posts
Showing posts with label Attachment. Show all posts

July 19, 2012

Let Her Go

السلام علايكم

My first death experience was today and it was shocking for me. I was blank at some point when the doctor said to me that we should stop. Stop?
Well, originally, three of us, Erna, Ayie & me were lounging in the pantry. heh. Not exactly lounging. Rehat kejap lepas penat berdiskusi dengan Dr. TMS. On feet. Not sitting. Imagine. I was up in the ward since 7am. More or less 7am. Did my final clerking, check my patient's report and get ready for today's round. Today, Dr. TMS will do his round. And believe me, it is looooongggggg. He likes to teach. He likes to talks. He loveesssss to question us. Gugup ye setiap kali dia panggil kau dan tanya. Simple thing but you know how we go completely blank each time. Ended up embarrassing myself. haih.
Alrite. Back to my point. We were lounging when we decided to keep us busy with bloods! hehe. Nothing barbaric though. Ayie was about to ask Dr. A if there is any blood we can play with [note : play as in not play. play as in we don't play. Get it? No? Me neither. But oh well, we don't play with blood. We "play" with blood.] when Dr. A ordered us to help them with CPR. So yeah, we got to resuscitate a collapse patient. We take turns doing the CPR. Surprisingly [insert some sarcastic tone here], I get tired easily. I need to work out on my stamina. haih. Okay, back to the story. At some point, I took charge of pumping the oxygen through the intubator [I think that is what they were called. I'm not sure exactly the name but you get the point]. Then, later at some point, I heard the doctor said to the HOs that it was enough. It has been more than half an hour. We tried to resuscitate her for almost 45 minutes. I was quite unsure of what was happening at that very moment. It was only after the doctor came up to me and told me, straight to my face, with clear explanation, that we had to let the aunty go. I turn my head, facing Erna, eyes to eyes with her, and yes, she has exactly the mixed feelings. Then the uncle came in, trying to talk to the aunty, called her name few times, said something in Mandarin, while shaking her body. And there was me, still pumping the oxygen thingy, only slower. Not as rapid as earlier. I was there trying to suppress all sorts of feelings that might make me teary. Suddenly, the uncle faced me and said "Saya suruh dia tunggu kejap. Anak-anak nak mari tengok dulu. Tunggu kejap haa." Imagine. On my face. I nod. I look at Erna. I look back at the aunty. Still pumping the oxygen thingy. Then I quietly said, aunty, sikit je lagi. Tunggu anak aunty sampai ok? Right. Not quietly. I only has the courage to talk inside my head. It was few minutes later that the doctor asked all the HOs and us to leave the bed and let her go in peace. We complied. One last look at the aunty, praying she'll go in peace and one last look at the uncle waiting for the rest of the family to come. Threw away our gloves and masks. Washed our hands. And again, to the pantry we went. Met Dr. A there. Told her what happened. And she said "lahh. Biasalah tu kat wad ni. Haritu dah dua patients." We were like "Oh." Oh. I guess we had to deal with it. Realistically, its a part of our future career.

End of story. huhu.

Oh ye.
Ahlan ya Ramadhan. Selamat berpuasa kepada semua Muslim. May all of us improve ourselves. At least one step further in becoming a faithful servant to Him. in sha Allah.
Wassalam 안녕

August 29, 2011

Final Day of Summer 2011's Attachment

السلام علايكم

Dengan rasminya, attachment cuti musim panas tahun 2011 tamat harini. Siang tadi.
Dan segala dukacita dimaklumkan bahawa sekali lagi, aku tak dengar bunyi alarm termasuklah segala sms yg masuk inbox telefon lalu aku tak bangun & terlepas attachment harini. So, lets wallow in self pity. =.='
Dan secara automatiknya, tiada lh muka aku dalam gambar kenangan hari terakhir depan MUH. sobs
Gambar atas
♦ Hari terakhir di UNC.

Gambar bawah
♦ Hari terakhir di Chest Department.
It wasnt much but it was enough. And special thanks to our group leader, Hairiezal, whom without fail manage to remind each & everyone of us about the next meeting. Walaupun ye, aku tak pernah nak balas mana³ pesanan dia facebook, sms? not one. But deep down, I do appreciate the reminder. Dan tak lupa semangat ingin tahu dia. Macam whoah. And and, the others too. Aisyah, Ada, Kak Sarah, Afiq & of course, Mira. :)

Dan aku pernah khabar tak? Hairiezal made us discussed our previous day experiences each morning before the new day started.
Masa ni Kak Sarah tengah semangat cerita pasal pengalaman dia posting kat wad.

Dan dan dan. Tak dilupakan dua orang manusia yg setia menemani, pergi balik bersama. eheh
muahhhh. Terima kasih sebab teman ke hulu & ke hilir. c(:
Gaya cakap macam nanti tak raya sama³ pula. hikhik

* MUH : Mansoura University Hospital
** UNC : Urology & Nephrology Center

Pictures are credited to Afiq & KakNad

Wassalam 안녕

August 27, 2011

Few more days

السلام علايكم

Ni video rentetan video Matluthfi haritu

Mula³ view video ni sebab nk tengok Fatin Nadhirah one of the Dentistry student of Mansoura University yg appear dalam vlog dia ni. Dia yg pegang kucing comel tu. Takde lah rapat pn tapi sebab timeline kecoh dia & Lia dh jadi #retis sekarang ni. Lia masuk majalah Remaja. One whole page. Pasal blog dia. fuhh. Budak³ Mansoura retis belaka. c(:

Oh sambung. Tapi bila dh tengok vlog ni, sayu pula. Tiba³ terasa bangga dengan generasi Malaysia masa kini. Thumbs up to you guys. :)

Dan ouh. I missed attachment today too. Serius mengantuk. Taubat dah taknak ambil kafein macam semalam lagi. The after-effect fatigue is too unbearable. Lepas Subuh terus lena. Sedar³ dah nak azan Zuhur. Melampau. Dah. No caffeine for me unless its study weeks.

Dan Ramadhan tinggal lagi berapa hari je!
Raya lagi berapa hari je!
Malaysia's Independence Day is around the corner!

Ape lagi nk jerit eh? ehm. Tu je kot. hehe
Till next time, lovelies.

* #retis : artis you have to be a twitter user to be familiar with this term
Wassalam 안녕

August 26, 2011

Attachment : Day 9 & 10

السلام علايكم

Hello! Hello! Hello!
Lama ke aku menyepi? Takkan? But somebody has been complaining my lack of updates here.
geee. Mici me lah tu. gagagagaga. sambil blushing & giggle³ *jelir lidah*

Ok. Mari update sikit.
Hari ke-sembilan, aku tak pergi. Atas alasan ape? err. Semata sebab aku pernah masuk unit tu untuk EE masa semester 3, jadi aku semacam ade vitamin M yg sangat besar untuk pergi. gahhh. But it turns up that most of the units were closed on that day. So my colleagues were distributed fairly in the wards.

Hari ke-sepuluh pula, aku & Aisyah ke unit kecemasan. Dan Mira, ikut ktorang, tinggalkn Hairiezal sorang³. Tapi semalam pun tak lama. Kejap je. Dengan kepala berdenyut³ riang, memang harapan lh kan. Baru berapa lama kat unit tu dah rasa nak pitam. haih. Dan dan dan, KNad minta teman dia ke pejabat Gulf Air. Nak tukarkan tiket Ayu. Jadinya, balik awal lh aku semalam. 하하하.
Sumpah ngada kan?

Dan ouh, malam hari ke-9 tu, Gamaah Mansoura ada buat iftar. Tiba³ petang tu Sabrina call, ajak pergi. Katanya dgn penuh perasaan "pls pls pls korang, datang eh. Kalau tak cukup, Iskandar cakap Dr. Nisreen mengamuk" gahh. Lebih kurang gitu lah ayat dia. Aku olah bagi sedap dibaca. heh. Dan aku dgn mamainya ikut lah keputusan KNad nak pergi. Alhamdulillah, ada rezeki nak makan daging malam tu setelah sekian lama memendam rasa. hikhik.

Apa lagi laporan terkini?
ehm. Takde apa sangat kot. Selain hati rasa tenang & diri penuh dgn keyakinan, lain³ semua normal kot. Keep on praying for the best for us. weee

Ok tu je. Harini cuti. Jumaat kan. Nak skype dgn family tapi macam tak berkesempatan. Esok, gerak ke kampung elok³ ye. Ayah, sila pandu dgn cermat, ingat Hani yg tersayang hikhik.

"Kirim salam pada orang kampung ya! Assalamualaikum." baca dengan nada penuh semangat. almaklumlah, perantau. bayangkan music Dendang Perantau berkumandang. ooooohhh sayu.

Ok, termerapu banyak. Tu je. I'm done for this post.

TERUSKAN USAHA MENCARI LAILATUL QADR :D

* EE : Early Experiences
** vitamin M : MALAS

Wassalam 안녕

August 23, 2011

Attachment : Day 7 & 8


السلام علايكم

Aku gabungkan dua hari sebab semalam tak sempat update. Semalam semacam penat malam tu. Jadinya, kita gabung lah ye laporan attachment untuk dua hari ni. heh

Hari ketujuh dah masuk minggu baru. Ktorang dah bukan kt UNC lagi. We changed to Chest Department. Kat bahagian ni, aku ditemani Ada & Aisyah. Terpisah dgn Mira. Dia bergabung dgn ahli kumpulan yg lain. First day in this department, we were posted in the Outpatient Clinic. Dan sila jangan bayangkan klinik pesakit luar macam kt hospital Malaysia ye. Sila lah bangga hospital di negara tanah tumpah darahku tu have better facilities. Mula³ nak cari unit tu, ktorang sampai sesat kt klinik pesakit luar bahagian lain. Tanya punya tanya credit to Aisyah ktorang pun jumpa lah tempat tu. Atas ihsan sorang ammu ni. Syukran, ammu. :D
First impression? Adakah ini klinik? gegege. Ok. Taknak komen lebih pasal ni.
Mula³ ktorang lost, taktau nak lapor diri kt siapa. Lepas tu datang lah seorang doktor lelaki yg ouh-aura-kemachoan-terserlah-sungguh-sampai-jantung-dupdapdupdap jumpa ktorang. Garang weyh doktor ni. heh. Dia ambil kedatangan ktorang & suruh ktorang pilih nk observe which doctors ; him or another female doctor. Ktorang pilih doktor lelaki tu sebab aku-tak-pasti-kenapa tapi the male doctor attends female patients whilst the female doctor attend the male patients. ehm. Pelik di situ. Dan sebab tu ktorang pilih doktor laki tu kot. Sebab pesakit semua perempuan. Less aib to see. Pesakit³ keluar masuk non-stop. Two patients at a time & memang kelam kabut sikit tapi rasanya tu satu benda yg biasa kt sini. Dan kebanyakkan pesakit yg datang ada bronchial asthma.

After a while, Dr. Mahmoud the male doctor asked us to go to Dr. Azza the female doctor. Masa tu, pesakit wanita dh takde. Tinggal lelaki je. So beralih arah lah kami. Duduk pula dgn doktor perempuan tu. The same thing happened. Cuma ade satu pesakit tu ade pleural effusion mungkin. Aku tak pasti sebab tak faham Arabic kan. So kat situ juga lah doktor tu keluarkn fluid tu. heh. Lepas tu ktorang nk balik tau. Tp baru jam 12 tengah hari. Patutnya sampai 1 petang. Punya lah takut nk approach doktor lelaki tu nk minta kebenaran balik sebab dia garang. wuu wuu wuu. Tp dia bagi tanpa banyak soal rupanya. gagaga. Mungkin dia faham ktorang bosan.

The next day which is today, this morning, aku malas gila nak pergi sebenarnya. Jam 9 pagi masih golek³ atas katil walaupun dh dapat wake up message. Tapi, heh, degil³ aku pun, kena caranya, aku ikut juga kata. ngehh. Akhirnya korek lah beg tu cari baju nak pakai baju semua kt ampaian lagi baru sidai subuh tadi & nak taknak terpaksa lah pakai baju kegemaran BL tu walaupun baju tu terlalu ayu untuk dipakai ke hospital. gahhh.

Dan alhamdulillah. Tak rugi pun datang. ㅋㅋㅋ
Harini ktorang kena masuk ICU. Dan seperti biasa, first impression, ini ICU??!. Takda lah menarik mana. Mungkin sebab takda benda nk buat. Cuma ada sesi doktor terangkan pasal indicators for admission to the unit.
Dan dan dan, tadi jumpa sorang ammu ni. Kat ICU tula. Ya Rabb! Comel je. Asyik gelak³ & suka kacau³ ktorang. Tapi macam sedih lah sebab dia dalam masa yg sama, dia ada masalah nk bernafas kan. Sesak. Berat je tiap kali nak bernafas tu. Tapi ammu tu kuat. heh. Dia masih cool. Rasa macam esok nk jenguk dia sekejap kat ICU masa pergi Pulmonary Functional Test Unit. Dekat je pun dua tempat tu. Nak ke tak eh? Terasa macam...ehm...macam ntah. Ada satu rasa tak sedap. Sedih? ntah. Taktau nak terang rasa tu macam mana.

heh. Ok. Dah lah sebelum aku makin emosi bila ingat pasal ammu tu.
Esok insyaAllah kalau aku tak malas lagi sila lah doakan malas aku tu tak hadir pagi esok aku pergi lah hospital. Kalau aku malas, heh, nak buat macam mana kan. gegege.

Alrite. That's it.
Selamat berpuasa. Tinggal berapa hari je ni. Kumpul³ apa yg sempat. :)

* UNC : Urology & Nephrology Center
** ammu : pakcik bahasa arab
*** ICU : Intensive Care Unit

p/s : Tak suka kegarangan doktor tu. Hati masih lekat pada ketegasan BL. hikhik. kbai
Wassalam 안녕

August 22, 2011

Of Attachment & PIOH

السلام علايكم

Harini taknak cerita tentang attachment. Sebab hakikatnya baru aku & Mira perasan, unit ESWL yg patut ktorang masuk harini adalah tempat yg ktorang pergi utk MRI walaupun baru harini ktorang faham kenapa mesin tu macam tu haritu. Mungkin nanti³ kalau aku rajin, aku tulis kaitan ESWL dgn apa yg aku cakap pasal MRI & EMSE haritu.

♦♦♦♦♦♦♦


Alhamdulillah, majlis ni berjalan lancar walau tak selancar yg dirancang. Dan walaupun penat walhal aku tak buat apa sangat tapi puas hati lah. Tapi terkilan sikit sebab tak dapat dengar penuh ceramah tu sebab aku kat bilik sebelah, ditemani Husna & KakTeem, sediakan iftar utk tetamu yg hadir dengar ceramah tadi.

Aku sebenarnya nk promote kempen ni. Tapi aku amatlah tak berbakat dlm mempromosikan sesuatu, yakni orang, barang, kempen, jamuan, majlis & perkara seumpamanya. Jadi aku cuma guna sumber³ lain & tolong sebar³ je. haih. Oh well, its better than none kan. dalam hati pujuk diri sambil ingat pesan Mira ngeee


Dan padahal berapa ramai je pelajar Mansoura yg baca blog aku ni pun aku taktau lah. Seciput je. ngehh. Mcm tak bagi efek. Tapiii tapiii, bila banyak tapi keluar,sila ingat pesan Mira paling kurang pun itu dikira usaha lah en. ngeee

Dan dan dan, korang boleh lah refer kat blog rasmi Palestine in Our Hearts (PIOH) untuk maklumat lanjut pasal aktiviti³ yg dianjurkan sempena kempen ni dan cara³ korang boleh bagi sumbangan dana untuk Palestin dan paling kurang pun, dapat tingkatkan ilmu tentang Palestin. sedang ingatkan diri sendiri sebenarnya

Ohh. Tu je kot nak kongsi. Tadi kena marah dgn BL & KNad sebab berangan nk balik sorang³ atas alasan musyrif takde which is almost true & taknak susahkan sorang sahabat yg setia menemani.

Terasa sungguh disayangi! hehe.

Jgn cari suami yg main BOLA, sbb dia akan sepak kite..
Jgn cari suami yg main BADMINTON, sbb dia akan pukul kite..
Jgn cari suami yg main VOLEYBALL, sbb dia akan tampar kite..
Jgn cari suami yg main TAKRAW , nanti dia akan timbang dan lipat kite..
Tapi cari lahh suami yg main RUGBI, sbb dia akan peluk dan sentiasa LINDUNGI kite..
- Kak Faz share kat facebook -
p/s : Dengar khabar, BL hebat main rugbi. gagagaga

Wassalam 안녕

August 21, 2011

Attachment : Day 5


السلام علايكم

Semalam cuti! Jumaat kan. Jadinya takde lah attachment semalam. Semalam cuma ke DR tolong³ Hawa & Wani.

Dan tadi, aku & Mira sepatutnya kt Outpatient Clinic tapi heh mcm bosan je. Jadi ktorang minta izin ketua kumpulan tu nk mengendeng dekat O&G. Nak tengok C-section labour. KakNad lah yg buat ktorang rasa teringin sangat nk tengok.

Hasilnya, dapat tengok dua C-section & alhamdulillah ada rezeki nk tengok normal vaginal delivery.
Perasaan? Tak tergambar. Macam³ rasa. Masa mula³ sampai tu, terkejut tengok keadaan OT dia. Beza gila dgn OT kat UNC yg ktorang masuk haritu. Panas. Dan aku rasa aku hampir pitam pn disebabkan kepanasan tu. Sebab aku tak mabuk darah. Dan masa C-section kedua tu baru aku rasa berat kepala. Masa C-section pertama tu aku cool je. gahaha. Tapi cuak tu ada lah. Bayangkan doktor tu selamba je tarik bukaan perut tu. Tarik & tarik & tarik & tarik & tarik. ohkayhh. over Tapi ngeri juga lah sebab si mak tu dalam keadaan separa sedar kan. Bius separuh badan je. Terasa macam ugh korang ni kalau tak reti lagi nak hargai mak korang taktau lah. Sakit kot.

Yang normal vaginal delivery tu kebetulan je. Tak silap aku ni apa dorang cakap kat aku lah sebenarnya si mak tu tengah tunggu utk C-section juga tapi tiba³ air ketuban dia dh pecah. yela kot. Aku kurang pasti situasi sebenar tapi tadi ada kekalutan sebab taktau nak letak dia kat bilik mana. Last³ doktor bidankan si mak tu kt situ juga. Situ as in a waiting room. Take note ade dua orang lagi bakal ibu yg duduk & tengok si mak tu meneran kesakitan nk melahirkan. >.< Kalau aku dh tak sanggup dah. Sebab aku yg tengok pun dh terasa sakit. Si mak dh hampir give up. Taknak teran dah. Dia dh siap suruh doktor potong bagi besar & keluarkn je bayi tu. Tapi mana boleh en. Doktor kata no no no, its too big already. Semua nurse tu bg semangat suruh dia push juga. Ktorang yg buat attachement ni hanya terkelu. Pandang je. Aku taktau ape orang lain rasa tapi aku pn penat. Walaupun tengok. And they said the pain is 100 times painful than period pain. perghh. Sila lah hargai mak korang. Tolong lah. Derita whoah nak lahirkan korang tu. Oh. Sambung. Nurse terpaksa tekan perut si mak tu utk keluarkn bayi tu. And by one last push, alhamdulillah, selamat dua³. Si mak & si bayi. Masa dengar tangisan bayi tu, lega gila rasa dlm hati. Dan tengok muka budak³ sekeliling, semua muka lega. Si mak memang muka exhausted habis. Dan aku yg sekian lama tak larat berdiri terus keluar. Lepas tu balik. Singgah lounge UNC kejap. Nak aircond & ringankan kepala. hehe.
Ouh. Harini pun takde gambar. Terkedu tengok C-section sampai tak sempat nk snap satu pun.

* DR : Darul Rahmah
** O&G : Obstetrics & Gynecology
*** OT : Operation theatre
**** UNC : Urology & Nephrology Center
"Malam ni dah mula 10 malam terakhir. Selamat mencari Lailatul Qadr. Lebih³ lagi malam ganjil. =)"
- BL -

Jangan ingat nak raya je korang.

p/s: Thanks for the constant reminder. Selamat mencari Lailatul Qadr juga, awak.
Wassalam 안녕

August 19, 2011

Attachment : Day 4

السلام علايكم

Harini bangun lewat >.< Gara³ mimpi. haish Terkejar³ bersiap utk ke hospital. Harini kat unit dialisis. Bukan kat bangunan sama. Kena pergi hospital lain. Kat awal syari' Jihan tu haa. Lawaa hospital tu. Thanks to our leader for showing us the way walaupun dia terpaksa tunggu dengan penuh kesabaran depan hospital.heh

Dan tak lama pun harini. Doktor tu sekadar tunjuk mesin dialisis tu & terangkan sikit³. Takde demonstrasi pun. Sebab by the time ktorang sampai around 1015 am semua pesakit dh siap pasang mesin tu. Tinggal tunggu proses tu habis je. 4 jam satu sesi, 3 kali seminggu, seumur hidup, atau bak kata doktor tu, sampai dorang transplant a new kidney. ehm.

Tapi harini tak tangkap gambar pn. sobs. Tapi dapat pakai stethoscope & sentuh³ pesakit sebab nk dengar aliran darah yg melalui fistula & vein yg telah diarterialized kan tu.

eish. Tak puas hati tak dapat tangkap gambar harini. eish. heh.
Takpe lah. Takde rezeki.

tidbits : Doktor tu poyo³ cakap kononnye dia nak terangkn pasal dialisis kt ktorang dlm Bahasa Perancis

Wassalam 안녕

August 18, 2011

Attachment : Day 3


السلام علايكم

Harini berkumpul awal. Ketua kumpulan suruh. So we could use the extra time to share & discuss our experiences in each unit yesterday. Tapi, sobs, harini 4 orang je ade. And mungkin 5 since Afiq came a bit later. I dont even meet him today but I assume he went to OT since he said he witnessed a kidney transplant Lepas tu, hampir tepat jam 10 pagi, ktorang gerak pergi unit masing³ sebab nk jumpa ketua department, doktor tu takde. Sibuk memanjang doktor³ department ni. >.< Harini aku & Mira kat Unit Radiologi. hooyeah. Walaupun kedengaran bosan tapi bagi aku & Mira, harini mcm memberi satu keterujaan dlm diri. Mengapakah? heh. Taktau lh. Mungkin sifat kanak³ riang yg masih menebal sampai ktorang mudah teruja dgn yakni benda sekecil zarah pun. ngee

X-ray
Memandangkan ktorang masuk mcm pagiiii lagi walhal dh jam 10 pagi tempat ni kosong lg. Masuk³ terus jumpa Dr. Nisreen doktor ultrasound yg ntah-buat-ape-kat-tempat-xray-pagi-ni & dia dgn senang hatinya terus tunjuk apa yg patut kt ktorang. Dapat lh tgk X-rays yg ade inflated colon, renal stone & aku-rasa-doktor-tu-sebut-fistula-tapi-aku-tak-pasti. heh.

Ultrasound scan
maaf gambar kurang berkualiti, almaklumlah, kamera telefon biasa je.heh
Lepas beberapa ketika terangkan pasal X-ray, Dr. Nisreen tu terus bawa ktorang pergi tempat USS. Dia dh nak mula kerja. Ktorang dapat tengok beberapa pesakit di scan pagi tadi. Sejam lah juga dalam bilik tu. Macam³ kondisi pesakit doktor tunjuk kat ktorang. Doktor ni pula rajin nk terangkan satu³. Sukeeee! hehe. Ade pesakit yg datang utk follow-up lepas kidney transplant. Dorang nk pastikan takde graft rejection. Dan ade yg datang utk scan ape masalah dorang. Nampak lah stone, cyst, free fluid. Ramai pesakit kanak³ ouh tadi. Kidney transplant. haish. Sayu hati. Kesian pn ade. Tapi alhamdulillah, semua graft dorang baik³ belaka. And around 1130 am, ktorang pun gerak lah pergi tempat lain. We thanked Dr Nisreen, obviously dan terus keluar ke destinasi seterusnya.

CT Scan
Masuk³ je dlm tu dah ade pesakit tengah ongoing scanning. Terus approach doctor on duty masa tu. Dan heh sekali doktor ni tak fasih English. Jadi ktorang sedaya upaya memahami butir bicara doktor ni yg semangat juga alhamdulillah doktor sini mcm suka bg penerangan kt student.yeay! nk terangkan apa itu CT kt ktorang. Dan hasil kerja keras telinga yg mendengar & otak yg menafsir, dapat lh juga isi³ penting yg doktor tu cakap. Dan alhamdulillah masa ktorang sampai tu pesakit tu dh nk habis scan & by the time the doctor finished his explanation, the scan has completed. Dan ktorang dibenarkan masuk mendekati mesin & usha³ keadaan sekeliling. ohhmeegee. Mana tak jakun. gahaha. Tapi tak lama pun kat sini. Lepas habis usha tu, ktorang keluar & terus mencari MRI.

MRI
Ktorang diberitahu bilik MRI kt sini tapi bila masuk, doktor tu kata tak boleh guna jadi dia bawa ktorang pergi lagi satu bilik yg ada mesin MRI juga. Ktorang berdua ni mati³ ingat tu mmg scan MRI mcm biasa. Tapi lepas Dr. Khalid tu terangkan pasal shockwave yg dorang gunakan dlm mesin tu & bawa ktorang pergi dekat³ dgn mesin tu masa ni ade pesakit ok atas mesin tu so we got to see the machine live in action. muahaha. jakun lagi & tiba³ mention pasal satu benda yg ada kt mesin tu yakni EMSE baru lah ktorang tau yg mesin yg ktorang tengok masa tu adalah utk treatment instead of diagnostic uses. Contoh dgn pesakit yg ade masa tu, mesin tu digunakan utk pecahkn renal stone. Dr. Khalid kata pesakit ni dh sesi ketiga dan mungkin perlukan lagi dua sesi utk hancurkan renal stone tu so that it'll flows with the urine. Itulah kot yg doktor cakap tadi, seingat aku. Dan kena buat banyak sesi sebab sorang pesakit tak boleh lebih daripada 300 shocks. Max 45 minutes per session. Kalau tak, boleh rosakkan buah pinggang. Tapi sampai sekarang aku mcm blur³ lagi apa itu EMSE. ehm. Takpe lah. Nanti aku dh naik tahun tinggi³ insyaAllah aku tau. ngehhh

Gamma Camera
Last but not least, the radioactive section. Gamma camera. heh. Mula³ aku & Mira ragu³ nak masuk sebab tiba³ kawasan tu penuh dgn pesakit walhal abang tu kata semalam masa dia pergi kawasan tu kosong je & doktor macam emosi. cett. Tapi macam biasa, Mira dgn macho pergi approach nurse yg ade tu & cakap ktorang nk jumpa doktor. Dia suruh ktorang masuk & jumpa dgn doktor perempuan tu. Baru lah ktorang tau yg benda ni utk detect metastasis tahap mana & boleh juga detect malignancies. Doktor kata kawasan yg metastasize is hotter than other areas. Dia tunjuk contoh. Bone cancer metastasis. whoah. Teruja lagi di situ. ouh. Utk scan ni, pesakit akan dicucuk bahan radioaktif dlm jangka masa beberapa ketika sebelum di scan bergantung pada organ yg nak di scan tu. Kalau mcm tulang, 3 jam sebelum. Lamaaaa whoah. Pengsan tunggu. heh.

Lagi? Oh takde dh. Tu je. 5 bilik. 5 methods. Puas hati. Doktor³ yg ktorang jumpa harini semua alhamdulillah sudi melayan ke-blur-an kami. yelaa. Budak tahun dua pula. Mesti lh tak biasa lagi. Kalau kau dh clinical tp gedik³ tak biasa, boleh kena cepuk dgn doktor kot. gahaha.

Ok lah. Aku dh tak larat. Mengantuk. Nak tidur. Nanti nk bangun sahur. Makan roti canai lagii. hooyeah. *smug*

tidbits : Aku cuma ingat nama doktor yg sama dgn nama lecturers aku kat kuliah. Ampun doktor³ lain. heh

* OT : operation theatre
** USS : ultrasound scan
*** graft : transplanted organ / tissue
**** CT : computed tomography scan
***** MRI : magnetic resonance imaging
****** EMSE : aku pun tak pasti memandangkn doktor pun cakap dia lupa ni abbreviation utk ape

and all pictures are credited to Mira. :)
Wassalam 안녕

August 16, 2011

Attachment : Day 2


السلام علايكم

weehooo. Harini alhamdulillah rezeki aku & Mira masuk OT Adults pula. Masa masuk tu blur habis. Sebab semua OT penuh. Taktau nak masuk yg mana satu. Last³ ktorang masuk OT hujung sekali. Sebab kosong sikit. OT lain penuh. HO pun sibuk nak belajar bedah³ orang jugak en.
Diagnosis : Bladder cancer
Surgery : Radical cystectomy & urinary diversion

Aku tak tengok patient's history. Mira yg rajin godek³ file patient. Aku setia menatap para surgeon tu menggodek abdomen pakcik yg berusia 72 tahun.
Kali ni masuk OT lambat sikit sebab pagi tu jumpa ketua department. Lepas tu masuk³ pembedahan dah mula. Tapi tadi balik on time. Jam 1 petang dh blah dari OT. Tak larat. Serius. Dan masa tu pembedahan belum habis pun. ehm. Dan tak nampak tanda³ akan habis pun. Tapi harini surgeon tu layan ktorang sikit. Tak macam semalam. ngehh. Dan aku sempat menyibuk dgn anaesthetist tu masa dia nak inject more analgesics. Dia pn sempat bebel³ kat aku walaupun aku amatlah blur memandangkan aku amat 'suuuuukeeee' pharmaco sambil bagi aku botol³ analgesics yg cumil lote tu. Dan chief surgeon sempat bebel juga kat ktorang masa dia tengah masukkan tube dlm ureter tu. He showed us the double ureter with one normal and one dilated. Dan dia sempat bebel kata narrow-ape-ntah-i-didnt-catch-that tapi yg aku faham, surgeon tu kata kes pakcik ni macam berat sikit. Mungkin tumor tu besar & terselit di bahagian dalam yg narrow? Serius aku tak berapa dengar part tu. ehm. I lost concentration in OT today. ewahh aku. Gaya macam aku yg perform surgery. Tapi ye. Aku macam tak berada di dunia nyata tadi. Too much inside this head. eish. Lepas tu ada hati nk jadi surgeon. Tak professional langsung aku tadi. Mira jugak macho 24/7 usha pembedahan tu.

Ok. Tu jela cerita harini. Balik tadi sekali dgn KNad. Dia ajak tangkap³ gambar tapi dia tak send lagi kat aku. Jadinya, tak dapat nk kongsi. ngehh. Ok. Dah. Nak rehat. daaa

tidbits : Ada 3 HO tadi. 2 lelaki. 1 perempuan. Semua bagi peluang kt ktorang yg baru tahun 2 ni nak usha pembedahan tu sekali. Thumbs up lah. Tak kerek pun dorang. heh

* OT : operation theatre
** HO : house officer

Wassalam 안녕

Attachment : Day 1


السلام علايكم

Exhausting! Tu konklusi aku untuk attachment siang tadi. Balik³ tu mmg mengidam air epal Best lah. Tapiiiii, masa tu baru Zuhur. >.< Minggu ni aku kat department Uronephro. Dan memandangkan partner aku & Mira tak datang, jadi ktorang pun dgn suka hati riang gembira menjadi partner masing³. Aku ikut giliran Mira. Harini ktorang kat bahagian bilik bedah paediatrik.
alhamdulillah. Rezeki ktorang yg sampai buat beberapa kawan cemburu bagai.hekhek dapat tengok satu pembedahan. Minor je kot. Takde lah grand³ mcm pembedahan jantung tu. Dan ktorang pun takde lah interfere with the surgery. Setakat tengok je. Takde nye nak tolong³. Baru tahun dua nak masuk tahun tiga. Ilmu tak cukup. Beragak lah en nak pegang instruments tu semua. Doktor pelatih tu pun tak buat apa³. Apatah lagi ktorang yg junior ni. ngee. We witnessed a surgery to reconstruct the neck of urinary bladder & to something-something-to-do with the ureters. heh. Aku tak ingat lagi satu tu. Lamaaaaaaaa. Ktorang masuk OT tu around 10am. Masuk³ tu dia baru nak anesthetize budak tu. Around 11am baru dua orang doktor tu mulakan pembedahan. And by the time we both exited the OT, take note ktorang keluar due to extreme exhaustion the doctors havent finished the surgery. We can still see the bladder & the intestines as well. Masa tu dah jam dua petang. Memang patut pn ktorang balik. Tak solat lagi masa tu. Rushing lagi. haih. Tapi tabik surgeon tu. Larat pulak. Tu baru sikit. Entah macam mana kalau major surgery. Penat berganda rasanya. Balik tu, singgah rumah, ambil barang. Lepas solat terus gegas balik rumah KNad dan terbaring lesu atas katil sambil uruskn masalah rumah tangga yg takde lah masalah sangat. heh.

To you, I'm sorry.

Ok. Tu je kot. I need to sleep. Petang tadi tak tidur. Jadinya, penat lelah tu tak hilang lagi walaupun dah bersiram bagai puteri. heh. Esok pagi pn ade lagi. Kali ni dekat Adult's OT pula giliran ktorang. ngee.

titbits : Ade doktor pelatih tadi dlm OT. Asyik usha³ je. Lepas tu cakap "helwa helwa". gahh. Saya isteri orang lah. Janganlah ngorat. HAHAHA.

* OT : operation theatre

Wassalam 안녕