Other Entries

Showing posts with label UniLife. Show all posts
Showing posts with label UniLife. Show all posts

May 22, 2015

Kopi dan aku.

السلام علايكم
Dulu, antara kopi dan aku, memang macam langit dengan bumi. Tak ngam.
Dulu, bau kopi, terutamanya jenama Nescafe, pun dah boleh buat aku rasa loya.
Tapi itulah, dulu.
Sekarang?
Aku mula berjinak-jinak dengan vanilla latte zaman SPM.
Alaa, mild. Masa ni, masih tak tahan bau Nescafe.
Masuk dunia pelajar medikal, eh, godaan kopi makin kuat, tapi aku masih dengan vanilla latte dan masih alah dengan bau nescafe.
Kisah bermula sekitar rotation ObsGynae dan Paediatrics.
Bermula kitaran tidur tunggang terbalik.
Setiap kali tunggang terbalik tu, setiap kali tu lah ditemani kopi.
Hm, tidur ikut ritma Circadian pun aku masih minum kopi lepas Subuh tu.
Vanilla latte lama-lama jadi Coffee Mix.
Masuk tahun terakhir pelajar medikal ni, tuptup dah boleh minum Nescafe.
Semuanya gara-gara Ammu tu kadang-kadang selamba je bancuh Nescafe walau aku dah tempah Coffee Mix kat dia.
Dan semua gara-gara rotation ENT yang mana kelas panjang mula tengah hari.
Adalah dua tiga kali aku minum dua tiga cawan sekali harung, mengundang teriakan membe sebelah.
Ni baru jadi pelajar. Tiga tahun ubah terus tahap kebergantungan pada kopi.
Tak tahu lah nasib kopi dan aku macam mana kalau dah ada rezeki bekerja di hospital nanti.

Wassalam 안녕

December 14, 2013

Mula Semula?

السلام علايكم

Sekian lama tak menulis kat sini. Dulu dah berniat nak kuburkan terus blog ni.
Tergerak hati nak menulis lepas naqibah bagi galakan untuk tulis input tarbiyah yang aku dapat kat blog instead of sekadar menulis dalam nota kat group liqa' kitorang kat facebook. hmm hmm. Mungkin akan cuba untuk buat macam tu. Cuba untuk gunakan logam yang ada pada diri untuk Islam. hmm.

Sementara waktu tu, sedikit update diri tuan empunya blog yang dah lama menyepi.

Ye. Dulu cik, sekarang puan.
I'm officially taken and I feel belong now. alhamdulillah

Wassalam 안녕

April 29, 2013

السلام علايكم



Wassalam 안녕

August 29, 2012

The Clock is Ticking

السلام علايكم





Wassalam 안녕

June 11, 2012

Result Semester Enam

السلام علايكم

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Syukur sangat³ dengan keputusan peperiksaan akhir semester enam. Tak tinggi mana pun. Tapi peningkatan daripada semester lima tu ada. :)
Subuh³ dapat sms daripada dorang, bagitau yang result dah keluar. Cuak melampau masa nak check. Tapi syukur bila dapat tengok. alhamdulillah, semua kawan yang rapat dapat keputusan yang tak kurang hebat. Tahniah korang.

Sekarang, boleh sambung cuti dengan perasaan lega. To those who'll be sitting for the summer exam, hwaiting! Pulun semua last³ minute ni. Jawab elok³. And pray hard Allah will give you the best result. :)

As for me, hellooooooooo semester seven! Its clinical phase. Mari ambil pengalaman attachment bulan depan untuk sediakn diri semester depan. in sha Allah.

Wassalam 안녕

May 26, 2012

Post-Exams

السلام علايكم

What time is it?
SUMMERTIME!
Subuh 3 pagi, maghrib 6 petang. Lalat berleluasa, nyamuk makin ganas. Kipas makin laju, bahang makin terasa.

Finals
alhamdulillah. 24th May 2012 marked the end of our final examinations. fyuhh. Semput jawab soalan. Hampir koma nampak soalan MCQ. Hampir pengsan tempuh soalan esei. Ibarat kena byssinosis jawab OSCE. hewhew. Dua minggu bergelumang dengan buku & nota, dua minggu tu juga lah otak tak dapat digest segala parasit yang wujud. Sedih. I get confused easily. haish haish. Hati ada rasa gundah. Taknak balik Mesir awal daripada tarikh yg dirancang. huhu. Tapi kita dah usaha kan? Natijah dia, kita serah kat Allah. Tapi aku doa sangat³ aku tak perlu balik Mesir semula awal³.

Dunia baru
Dunia baru equals to marriage! hehe. Favourite topic of the year. lalalala. Lepas habis OSCE haritu, a batchmate announced her engagement & their wedding date. wee. Tahniah sangat³, Farah. Bertambah dah satu lagi kenduri kahwin dalam list cuti kali ni. Yang lagi sorang tu, taktau bila nak buat pengumuman. Semua dah tahu tapi semua tengah tunggu kenyataan rasmi. hewhew. insyaAllah, naik semester baru nanti, ada 3 orang pengantin baru dalam batch aku. heh. Tahun depan, tambah lagi dua orang ok? Siapa? Aku dengan Farah. Farah lagi satu. Bukan Farah memang dah nak kahwin tadi tu. hikhik. Serius mengada³ impian tu. Padahal dah rancang taknak balik tahun depan.

The Dinner
Zati decided to cook for us! yeayy! Mungkin dah lama tak makan masakan dia, ada secalit rindu di situ. heh. Mengada. Dan semua makanan dalam gambar tu dia yang masak. Sorang! Tabik spring. Jajaun made cupcakes too. And Auni made bubur kacang hijau. Cuma Lisya tak ambil gambar juadah tu. Terlupa mungkin. Oh oh, gambar semua ihsan Lisya. almaklumlah, kamera telefon tak lawa. Kamera pun malas nak bawa. Harap ihsan orang je. hehe. Alang³ tu, nak luang masa dengan batchmate & usrahmate yang sangat disayangi, cik Ain. yela, lepas ni makin susah lah nak bermanja. Dah jadi hak si suami pula lepas ni, insyaAllah. Luang³ masa, ambil sikit seri bakal pengantin tu, tabur³ kat diri sendiri. haha. But we had fun. Terima kasih dekat tuan rumah sekalian. Your hospitality is greatly appreciated!
psst : yang paling berseri, tula Ain.

Gathering
Siang tadi, gadis³ semester enam batch 09/10 buat gathering. 630 pagi aku dah terpacak depan dewan squash. Lama tak keluar rumah pagi³ macam tu. Semacam tenang. Mungkin boleh praktis balik joging di pagi hari? Mungkin. Possibility is 0.05%. haha.

We enjoyed our games & of course the food. Dorang buat potluck. Tapi aku tak selera nak makan lah. Makan sekadar ambil hati orang kata. Nak buat macam mana, abdominal cramp ni dari semalam kacau selera aku. Makan pun sebab nak replenish tenaga badan. Saya kan budak baik, dengar cakap orang³ tersayang. hewhew.

Trip Back Home
Tadi pergi beli ole-ole. Meredah malam dengan cik Lisya. Esok mungkin berjalan lagi cari barang. Orang kampung kirim macam³ tapi tak dapat nak tunaikan semua. Nak ke Kaherah tapi tak berani. Musim³ undi ni, aku nak jauhkan diri daripada tempat³ yang jadi tumpuan orang. Kecuali lapangan terbang! Tu, memang tak dapat dielakkan. haha. insyaAllah, akhir bulan ni aku jejak kaki kat tanah air semula. Tapi tak terus ke rumah. Padan muka kat diri sendiri. Siapa suruh beli tiket tak semak jadual? Ayah Mama ke luar negara dua minggu. Awal Jun baru pulang. heh. Padan muka lagi sekali. Jadi sahabat sekalian, temujanji kita, atur selepas pertengahan bulan Jun ye. :)
Sangat rindukan Malaysia. Sangat rindukan rumah. Sangat rindukan mereka. Tapi aku syak aku akan rindukan Mesir nanti. Dan mungkin akan sangat rindukan Mesir. ehm. ye. Mungkin aku akan rindukan itu.

To those who aren't coming back to Malaysia this summer, duduk Mesir elok³. Hawa, Sabrina, siapa lagi? Take care ok.

Lagi? Itu je kot. Sekian sahaja entri yang memang langsung tak nampak flow ni. Kalau kena buat karangan, boleh naik darah cikgu bahasa baca.
hehe.

*masih tak dapat mood nak pack barang
Wassalam 안녕

May 9, 2012

20, 22 & 24 Bulan Lima 2012

السلام علايكم




Wassalam 안녕

May 1, 2012

Three in One

السلام علايكم

April Babies
Dua orang kawan aku sambut hari lahir bulan April ni.
Happy belated birthday to Ellysya & Nonet! ♥
Bukan taknak buat entri khas, tapi tak sempat-menyempat nak karang entri penuh rasa syahdu.
Harap korang suka dengan apa yang kitorang dah prepare untuk korang malam tu. Lisya, terima kasih sebab jadi kawan yang baik untuk aku. :) Dan Nonet, terima kasih menjadi penyeri hidup aku. Pandai je nak buat saya gelak tau awak-awak sekalian ni.

End of Semester Six
Yesterday marked the end of our days full of lectures & practical sessions. Secara tak rasminya, cuti study week dah mula! And the final is around the corner. Final will be on 20, 22 & 24th May 2012. Tak lama dah. Cuak bak hang! ehh? Anyway, doctors are so kind that they decided to give us extra revision classes! yeay us! yeay the doctors! Musim³ macam ni, memang kau perlu semua benda extra ni. Tak cukup dengan kat universiti, kat STAR pun kau join. Yelaaa, saat³ macam ni, semua ilmu pun kena rajin kutip. hoish. Kena! Ni motivasi diri. You wouldn't want the nightmare to become the reality. Blank dalam mimpi takpe. Blank time exam, Na'uzubillah. Jauhkan lah. hukhuk. Harapnya semua boleh jawab exam nanti. weeee

Home Sweet Home
Macam orang selalu cakap, there's no place like home. Home tu bukan sekadar sebuah bangunan korang panggil rumah, cukup dinding, tiang, atap, pintu, tingkap, yadayada. But to feel home in a house, susah bak hang. Ni nak khabar, seiring dengan lagi berapa hari nak final, tarikh nak balik Msia pun dah tak lama. *senyum lebar* Walaupun bukan disambut keluarga tercinta, ehh jap, Usu pun kira keluarga tersayang juga apa, tapi aku tetap teruja nak balik. wee wee. Ikut perancangan, balik Msia tahun ni, cuti puas³ empat bulan tu, balik Mesir semula for another two years or more. Dan jangan risau lah korang, saya tak balik untuk kahwin. InsyaAllah tak kahwin tahun ni. Atau tahun depan. haish. Kawan baik ramai yang risau. Mr. Bolabola pun ikut risau juga nanti. :)

Wassalam 안녕

April 10, 2012

Mansoura University's International Cultural Day 2012

السلام علايكم




Jumaat ni.
13 April 2012.
Di Solah Mughottah, Istad Gama3ah.
Tak sabar! weee


Oh. Cuti hari Khamis minggu ni digantikan dengan cuti hari Ahad. Plus Monday too. Easter holiday. wee. Cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! :3

Wassalam 안녕

April 8, 2012

STEP '12

السلام علايكم

Semalam, 6 April 2012, aku join satu program anjuran Kelab IKRAM Mesir di al-Azhar Conference Center, Kaherah.

Sliding Through Experience as Professionals

Sehari suntuk berjaulah semalam. Jam 5 pagi lagi aku & Jajaun dah berkumpul dengan semua Mansourians yang join STEP kat depan istad gama3ah. We arrived at ACC around 830 am. fyuh. Sampai³ je macam whoah, ramainya manusia! Almaklumlah, program ni kumpul semua muhafazah satu Mesir. Mestilah ramai. Dengar khabar, STEP kali ni dapat kumpul 260 orang ikhwah & 832 orang akhawat! Hebat gila.

STEP kali ni bertemakan Medicine & Faith Empowering The Muslim Doctors. Antara isi³ program adalah
  • Becoming Five-Star Medical Doctors - Serving Malaysian Health Sector
  • Medical Professionalism - What Medical Students Should Know?
  • Survival Tips for Medical Students

Dan ada diselitkan satu slot khas buat akhawat masa ikhwah solat jumaat. ngee. How to balance your life as a wife, mother & professional? Menarik aumm aumm. :p

Ohh ohh. Awesome talks by awesome doctors. A real medical doctors brought for us specially from Malaysia. wee wee. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj Siraj & Dr Hafidzah Hj Mustakim. I have so much respects for them both. Hopefully, apa yang dapat dalam program tu, aku aplikasi dalam hidup seharian, insyaAllah. Seriously, what Dr said is really a mind opener. ehh betul ke ayat? hewhew. Tak kisah lah. Yang aku tau, Dr made me thinks out of the box. And they taught us to flip all the negative emotions into positive ones. Flips this, flips that, manage your emotions, dont stifles them. :)

We were also taught to celebrate similarities & to manage diversity. Lagi³ sebab kita akan berkhidmat di Malaysia oh tanah airku yang berbilang kaum, bangsa & agama.
Allah pun dah berfirman :
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, perbezaan bahasamu dan warna kulitmu. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
- Ar-Rum : 22 -
See, even Allah has told us this diversity is one of His signs of greatness. Jadi kenapa kita nak kena diskriminasi atau bias kan? Oh well, aku tau, tapi sering lupa. Sampai lah Dr ingatkan kembali yang kerjaya aku sebagai doktor nanti memerlukan aku memberi perhatian sama rata kepada pesakit tak kira lah dia Datuk, Menteri, mat despatch, makcik, pakcik, Melayu, India atau Cina, kaya atau miskin, para doktor kena bagi perkhidmatan sama rata. But hey, this applies to all human being. As long as you're human, you should respect other human.

Apart from that, Dr ada bagi talk 'Survival Tips for Medical Students'. Goal utama tips ni Dr kata adalah untuk membentuk keperibadian holistik. Kiranya, kita excel dalam semua benda lah. Dalam akademik, kerjaya, pergaulan sosial, & hubungan antara kita dengan Allah. Ada 25 tips yang Dr bagi. Tapi Dr kata, tu cebisan je. :O Dr bagi yang penting³ je sebab almaklumlah, masa sentiasa mencemburui kita. ewahhh. Apa yang aku dapat simpulkan daripada 25 tips tu is you have to learn & use more of our brain to keep our IQ high, manage our emotions well, keep our body in a healthy conditions & the most important thing is our relationship with Allah. Itu yang penting.

gedebak gedebush kena satu hari suntuk semalam. Setiap yang Dr cakap, mesti akan dikaitkan dengan hubungan antara kita & Allah. Memang selama ni tahu hakikat semuanya kita buat ni niat kerana Allah. Tapi semalam mata & hati dibukakan lagi untuk kenal lagi betapa sangat pentingnya Allah tu. Yela, kadang³ kita ni terlupa. Syok sangat sampai lupa kuasa hebat atas sana. Tapi itu untungnya ada program macam ni. Untungnya ada usrah. hehe. almaklumlah baru rasa nikmat tu. Selalunya sebelum³ ni memang pandang sebelah mata je. hukhuk. Dan bila duduk dalam jemaah macam ni, memang lah ramai yang rajin ingatkan tujuan hidup ni. Untuk siapa. Kerana siapa. Dan siapa yang ada untuk kita. Allah. :) Jadi, moh lerh kita tanamkan dalam hati untuk menjadi seorang doktor muslimah yang bak kata orang zaman sekarang, yang OSEM. weee.

kami di ACC


Oh ye, jarang entri blog aku macam ni. Yela, aku mana reti berbahasa macam ni. Tapi aku dah janji nak kongsi dengan Ayah Mama intipati program semalam. Alang³ tu aku kongsi sekali kat sini. :)

Dan ye, kerana aku yakin Allah tu sentiasa ada untuk aku, aku semacam berbahagia dengan keputusan yang dia lontarkan. Walaupun ada satu saat tu hati semacam remuk tapi cuma sekejap itu. Mungkin sebab aku tau, Allah lebih sukakan ini daripada yang dulu. Aku tak cakap senang, serius tak. Kadang³ terlintas rasa sedih tapi cepat aku ingatkan diri, kalau aku cintakan dia kerana Allah, apa salahnya keputusan dia ni. Bukannya aku buang dia jauh³. Cuma biarlah jarak itu yang menjaga. Biarlah aku lihat dia sekadar dari jauh, biarlah tak mendengar suara, aku rela, sebab kalau dia jodoh aku, biarlah disatukan atas satu asas yang diredhai Allah.

fyuh. Serius redha tahap redha yang redha habis. Taktahu mana dapat kekuatan. Tang ni pun boleh nak senyum lagi. Tapi serius, kalau boleh, aku harap, dia lah jodoh aku. ngeh ngeh ngeh

haa. okay. tu je untuk kali ini. esok lusa tak janji akan tulis lagi. hehe. ai is very the busy woman. konon jela.

last, meh aku selitkan video STEP '12. :)


p/s : Ayah Mama, hehe, Hani sempat beli satu t-shirt. hehe. hehe. satuuuuuu je. hehe. serius satuuuu je. takpe kan? hehe.

Now, my personal war has begun.

Wassalam 안녕

March 28, 2012

March Babies II


السلام علايكم


Hajar Baki aka Kak Mary aka Maria Julia aka KakYam


26 Mac lepas genap 21 tahun dah KakYam ni haa. :) Happy birthday, mokcik. Malam 26 haribulan tu, turn aku masak. Memandangkan KakYam teringin nak makan spageti, masaklah spageti. Mira pergi keluar beli kek alang³ nak beli pasir untuk Bubu. Dan KakYam, clueless. Aku pun taktau macam mana dia boleh clueless tahap macam tu =..='
Esoknya sambut lagi dekat SB Cafe. Bukanlah sambut apa pun. Makan³ sambil nikmati cupcakes yang Kichan buat untuk birthday KakYam. Sedap! omnomnom.

Dan Fifie, seorang yang aku anggap serupa kakak, pun sambut harijadi tarikh yang sama. Selamat hari lahir, Fie. I love you.

Nak taip panjang³ tapi dorang dah panggil makan. Ayuhlah! omnomnom.
Wassalam 안녕

March 25, 2012

23 Mac 2012

السلام علايكم

Ada dua event.

Satu.
Hari lahir mama tercinta!!! ♥ ♥ ♥
Tak dinafikan, aku hampir³ lupa tarikh keramat ni. Mungkin sebab satu hari suntuk berlatih, sampai rumah jam 1 pagi, bila nampak status Budak, baru perasan dah masuk 23 haribulan. Kelam kibut naik status. Lepas tu emo sorang³ sebab lupa beli topap jadi tak dapat wish by call. Dan cemburu sebab Budak orang pertama yang wish. haish. Kalau mama sayang Budak lebih macam mana? sobs. :p

Dua.
Berlatih untuk apa? Oh. Ada PERUBATAN Sports Day 23 Mac haritu.
gambar kredit to Lisya
Aku terlibat dalam talent show. Buat tarian zapin. Controversial. Tapi alhamdulillah, semangat Ada yang tak perna luntur sampai kat kitorang. Sempat berlatih dalam 12 hari je kot. Dah lah dah lama tinggalkan tarian. Ada sedikit kaku kat lenggok tu. hewhew. Jajaun & Lisya pun wakil Mansoura. Lawan basketball. Tapi takde rezeki. Zati, Israr & the rest of netball team menang. Mansoura banyak menang indoor games. Tapi tempat keseluruhan, aku tak pasti Mansoura yang ke berapa. Oh, talent show pun takde rezeki. Pasti lah kalah dengan hebatnya pantomin muhafazah lain. wuu wuu wuu.
Untuk penutup majlis, ada persembahan nasyid dari kumpulan Insaf. Terkejut juga mula³ tiba³ ada ikhwah tapi fikir positif rasanya dorang tak tengok talent show tu. Best tu best. Tapi serius penat.

Harini baru je habis midsem. fyuh. alhamdulillah boleh jawab. Tapi betul atau salah tu belakang kira. Sekarang nak tawakkal je. Dan kononnya bersemangat waja nak tingkatkan usaha untuk final nanti. heh.

Tu je kot update terbaru. Esok dah mula kelas balik. hewhew. To Ayah Mama, nanti gambar lain, Hani emailkan ok? Love you.
Wassalam 안녕

March 19, 2012

March Babies I


السلام علايكم

alhamdulillah, 18 Mac 2012, Onie cukup 21 tahun.

Sempat lah kitorang menyempatkan diri pergi Slamlek nak sambut hari tua sahabat sorang ni. :p
Masa ni Opie dah bergegas balik, tak larat katanya. Yela, kelas dia penuh daripada pukul 8 pagi tadi kot.

Dan ini pertama kali makan kat kedai ni. We're lame. We know it. And we're okay! hewhew. Yela. Kedai mahal pula. Memang takde lah nak makan sesuka perut. Selalu bersuka perut kat Hasanah tu je. Dapat roti canai! omnomnom. hehe.
Tapi puas hati lah juga. Kenyang pun kenyang. Sedap pun sedap. Opie kata nanti nak cari suami yang mampu bawa dinner hari³ kat sini. haha.

Dan ini hadiah untuk birthday woman! hehe. ye. Atas idea gila Jajaun, aku & dia bagi nenas. Tapi serius nenas tu comel. Dan praktikal! Boleh masak! haha. Tapi comel. Ala³ Bob Si Span duduk bawah laut dalam nenas. Kawan dengan Patrick & Sandy. *insert some inside memories here*
Onie dapat cermin juga! And lots of chocolates! Suka lah tu. hihi.

Sanah helwa ya ukhti. Semoga dengan pertambahan umur, bertambahlah iman, kekuatan, kejayaan, kekayaan, oh well, you know, everything that is good.
Aku tak reti lah berpuitis macam Jajaun. Tapi aku tau aku sayang kau. Kau dah serupa mak esp sebab kau paling tua hikhik. Kidding mokcik.

Aku sebenarnya dah tahap mengantuk sungguh dah ni.
Sekarang dah mula study week. 25 Mac ni midsem. Pray for us, pwetty pwease.

Tapi, aku suka benda ni.


Serius lah! Sedih. And awesome! Jap, aku tak jumpa perkataan sesuai nak gambarkan rasa riang terharu hati aku sekarang. Semata³ sebab masih ada yang ingat kegemaran aku. :) Dan video ni, memang tepat tertusuk dalam kalbu. SUKA!!!


p/s : kau tak datang kelas siang tadi. aku dah nekad nak berdepan dengan kau. sekarang, aku kena cari semula kekuatan aku tadi. dia tiba³ hilang dibawa angin petang
Wassalam 안녕

March 18, 2012

Maafkan Aku

السلام علايكم

Maafkan aku. Aku pinta kemaafan kau bagi pihak dia.
Tak terfikir yang hati kau akan terusik dengan tingkahnya.
Maafkan dia. Maafkan aku. :(
Satu, insyaAllah aku boleh jamin, marahnya bukan pada kau. Dia mungkin diam tapi bukan kau yang dimarahkan.
Tapi maafkan dia sebab tak langsung melukakan hati kau.
Maafkan aku juga kalau aku punca salah faham.

Aku tau kita bukan kawan rapat. Sekadar kawan sekuliah. Tegur kita sekadar cuma. Tapi kerana sayangnya aku pada dia, hormatnya aku pada kau, maafkanlah aku. Maafkanlah dia. Jangan ambil hati dengan dirinya yang pernah diam dulu.

:(

Wassalam 안녕

March 2, 2012

Rantai Kunci?


السلام علايكم

Tau tak, cuti musim sejuk yang dua minggu tu, ada kawan³ yang pergi jalan merantau jauh³. Contoh, KakNad & Ayu. Gadis³ *cough cough* manis ni pergi merantau sekitar Eropah. Serius jealous. Rasa nak jerit³ histeria je tengok album³ KakNad yang banyak tu. haish. Nasib baik ingat nak bagi keychains. hikhik. Tapi takpe, kumpul duit, insyaAllah dapat jejak tengok negara orang tu nanti. Tapi tahun depan, mungkin ke Turki dulu. Dah kahwin nanti baru ke Eropah, senang sikit nak berjalan, ada musyrif tetap kan? ehh? *jelir lidah*
Abang Mira pun ada datang melawat dia kat sini. Tengah cuti lama lah en. Lama kot Mira bawa dia jalan pusing³ Mesir ni. heh. Dan kononnya sebagai tanda terima kasih kitorang jaga Mira konon jela kan dia belanja seafood, bagi keychains bagai. Untung kami³ ni. Dah lah dapat kucing lagi. Si Bubu tu lah kucing yang Mira dapat. Boleh meroyan agaknya si Mira kalau Bubu hilang.

Lepas tu, Wardah Kaddihan baru je jumpa balik. Lebih dua minggu kot tak jumpa. Ade orang tu balik Msia tak ingat dunia. :p Yang sorang lagi tu, puas hati nampaknya dapat selongkar sejarah Turki. Untunglah semua ada rezeki nak ke sana ke sini. :) Tapi jauh³ pergi pun, masih ingat kat kitorang. Dapat keychains lagi. Dan lagi terharu tahap extra is when my usrahmate gave me the book I've always wanted to buy. Oh well, am planning to buy it when I go back to Msia tapi dah dapat dah awal³ sebagai hadiah. alhamdulillah. Serius suka! *hugs*

Point cakap pasal semua ni? Takde. Saja je nak cakap TERIMA KASIH, KORANG! ♥

Wassalam 안녕

February 19, 2012

1st Week, Done.

السلام علايكم

The end of week 1 of semester six. phew.
alhamdulillah. Things had been good. Walaupun ada sikit calar sini sana tapi rasanya masih ok lagi. Masih lagi mampu keep up dengan jadual yg boleh tahan penuh. Nasib baik ada cuti hari Khamis & Jumaat. Itu pun tak boleh nak bermalas-malasan sangat. Tolong lah ada motivasi nak kejar markah kanak³ Jayyid Jiddan tu. Paling³ pun, tolonglah kejar balik markah tahun dua dulu. hailaaa. Tapi setakat ni, Comm Med atau Hajar kata Mass Comm yg paling macam Ouh, kena tahu ke semua ni? :O. Parasitology & Microbiology masih celaru. Organisms ni parasites ke microbes? Dan dan dan, PBL kali ni betul³ mencabar naluri inferiority complex aku. Serius, aku taktau kenapa wujud sindrom cuak melampau bila berhadapan dengan dia. Bukan sebab hati ini milik dia, no no no, dan bukan kerana terselit rasa ingin memiliki dirinya, its simply a feeling of inferiority. Ya Rabb. Tak pasal³ je. Tapi, aku berjaya mengharungi PBL tadi dengan jayanya. hooyeah!

Oh oh.
Sekarang ni, dah hampir seminggu ahli rumah bertambah. :)
Meet Bubu el-Valentine. Our new sweetheart. hewhew. Sweetheart lh sangat. Dah kena gigit tangan ni haa tak pasal³ & kena cakar. =..=' Padahal dia yg gedik nak masuk bilik dan manja³ gesel³ kepala kat tangan aku. haish. Rosak tangan ai. Oh. Bubu ni kucing Mira. Tapi sebab dia masih dalam trip percutian yg awesome, kitorang lah tukang jaga. Aku yg noob pasal kucing ni memang sangat blur lah kan. Macam mana nak tau kucing tu nak buang air pun aku tak tau. Aku siap tanya, dia ada angkat kaki macam anjing ke? lol. Ada yang kata soalan aku comel sangat. hailaaa. Nak buat macam mana kalau aku memang tak pernah bela kucing kan?

Dan dan dan, aku masih bertatih, masih dipimpin insan³ lain. Nak kata takde cacat cela tu, mustahil lah, sebab banyak je salah silap tapi, syukur sebab mereka ada, tak letih³ bagi semangat. yosh! Kena istiqamah ni. Hana pun dah bagi semangat trang tang tang dia. hihi.

Ok. Tu je. Kena baca kes minggu kedua ni cepat. Malam nanti ada makan³. hihi. Nak celebrate gadis³ yg cemerlang semester 5 haritu. :)

Wassalam 안녕

February 16, 2012

The Start of Semester Six

السلام علايكم

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
Aku lepas semester 5. Sujud syukur. Aku mati-matian tekad nak check senarai ID yg gagal. Punya kurang keyakinan aku haritu. Tapi alhamdulillah. Lepas. Markah tak setinggi langit. Apatah lagi nak mencecah markah Jajaun *tahniah awak* tapi aku cukup lega. Dan untuk semester 6, harapnya semangat tak luntur & usaha makin bertambah walaupun itu sangat jauh panggang daripada api sebab topik³ semester 6 banyak gila details. Doakan kami! yosh. Oh ye, uni dah upgrade. Check results online.
yeyeye. Aku tau uni Msia macam tu tapi kena faham, ni pertama kali uni aku kat Mesir ni buat macam tu. So, kira ok lah kan. hehe

Sekarang, mari sambung cerita lain.
Mula kelas haritu, awal pagi, sebelum pergi kuliah jam 9 pagi, kecoh kat dunia maya. Rafiqah (sebaya aku) dah release gambar nikah dia. :O Kat twitter apa lagi, hangat. Tak pasal³ semua segar bugar. Aku pun ikut whoah sekali. Dan terus menjerit "Aaaaa! Ape neh?! When is my turn?!"
Kepada Ayah Mama, I'm sorry. Dah lumrah diri. hehe. *wink wink*
Tapi, pape pun, mabrouk Iqah. Semoga perkahwinan Iqah diberkati Allah & kekal bahagia sampai ke syurgaNya. :D

Next!
Haritu berbelanja di Gala2. hohoho. Tiba³ terasa bangga sebab tak pernah berbelanja sakan macam tu sekali. Tapi sakan apalah sangat. Beli dua pashmina & satu jubah. Boleh tahan lah murah harga. hehe. Excited sebab dapat lepas nak benda tu lama gila. Dan tak pernah³ spent duit sekali harung laju macam tu. hewhew. What to do, I dont find shopping exciting like the others. hewhew.

Next!
Semester 6 kali ni semangat beli buku yg berset³ bagai. 3 subjek. Tiga³ aku beli. Entah baca entah tidak. =..=' Tapi aku dah guna lah buku ni. Harap tak jadi macam buku semester lepas. Tengok sekali sekala. haish.

Next!
Apa lagi eh? Haritu aku rasa banyak cerita yang aku kepam sbb tekad taknak menulis sampai keputusan semester 5 keluar. ehm. Aku tak ingat lah. ehm. Apa ek? Oh, semester 6 dijangka habis sekitar akhir bulan 5. Kalau semuanya ok, insyaAllah sampai Msia sebelum puasa. TAPI TAK JANJI. I'll give you guys the final date later.

Next!
21 Februari 2012 dah makin dekat. :)

Next!
Itu je kot. Aku nak tidur. Kebelakangan ni, tidur nak awal je. Tak muda remaja betul. hehe. kbai. Aku dah lega dgn result. alhamdulillah. Dah inform mereka³ yg patut. And now, I need my beauty sleep. :)

Selamat malam, korang.

Wassalam 안녕

January 11, 2012

Hello Dunia Maya!

السلام علايكم

alhamdulillah. :)
Lepas Maghrib tadi Islam gigih datang rumah utk settle kan hal internet kitorang.
Tapi ni lah akibatnya takde internet lama sangat. Jenuh nak update kan diri dengan dunia maya. Jenuh pergi clearkan semua RSS feeds yang wujud. Beratus. =.=' Tak baca semua. Nanti tak sempat nak revise kes³ yang ada.

Final is on 18th till 26th January. Pray for us.
Lepas tu, ke Sinai, insyaAllah. Sila jangan risau³ sangat, ye awak. :)

Apa lagi? Oh ye. Online³ je terus scroll newsfeed. Tertarik dengan video ni.
Dedikasi khas untuk Layan, Baby, Dhiah. ♥
Ayah Mama pun boleh layan sekali. hewhewhew.

Ok. Tu je. Nak sambung kes dua. Jauh lagi perjalanan ni.
To Bloggie, I miss you much.

Wassalam 안녕

December 23, 2011

22. 23 DuaBelas

السلام علايكم

Rumah masih tiada talian internet <-- Ni dah macam kata³ wajib dua tiga menjak ni. haih

Tumpang ihsan rumah Lisya. Nak cari PBL. Godek³ facebook & twitter yang dah lama ketinggalan. Ayah Mama & Hana dah bising lama sangat tak balas email dorang. Lama sangat tak tahu khabar Budak, Zaza, Tyra, mereka. hailaaaa. Segala nota kuliah & nota yang dorang kongsi³ pun baru nak download sekarang. Final exam is on 18th Jan. Kesedaran masih di tahap merah. =.='

Oh. Harini hari jadi Ibu. :) Selamat hari lahir, Ibu. May Allah bless you always, semoga ibu sihat³ selalu. Pasal anak ibu, jangan risau, Hani jaga dia elok³. Jangan risau³ ke stress³ ke. Not good for your health. Nanti anak³ Ibu risau. :)

Dan dan dan, semalam birthday ibu Along. :)
Selamat hari lahir, ibu. banyak ibu lah saya ini. May Allah bless you, ibu. Hani rindu ibu. Lama tak jumpa. Ibu pun sama, jaga kesihatan. Tunggu Hani balik nanti Hani kacau ibu lagi. hihi. Ibu kena masak sedap³ kalau Hani datang rumah tau. c(:

Oh oh! Adik sepupu saya pun lahir harini. :O
Happy birthday, Eqa. May you grow up being a solehah, wonderful, intelligent woman. hihi. All the best in your study. Kalau nak hadiah, sila tunggu KakNi balik ok. ♥

Alrite. Tu je kot. Oh oh! Hana hantar email penuh debaran. *wink wink*
Saya rindu adik saya yg sorang ni. haish. Dah besar dah dia.

Dah lah. Saya nak godek³ internet lagi cari PBL. Nak perkemaskan lagi. Toodles.

Wassalam 안녕

December 15, 2011

Internet

السلام علايكم

Masih di Zodiac. Cari wifi. Kali ni dengan alasan nak siapkan PBL. Kena siapkan cepat. Esok & lusa dah mula tournament volley. Kena turun. Nak beli makanan yang nyummy³ kat sana. And of course to support my bestfriend. Kalau menang, wa belanja haa. muahahahaha.

Cari PBL kejap je. Yang lama tu sebab usha³ page kegemaran. Balas³ email Ayah Mama, Hana & Dhiah.
Although I was told not to stalk, c(: but who cares. hikhik. Rindu kot. Lama tak online. Means lama tak stalk Budak. grr. Entah sihat entah tidak. ewahh aku. Konon caring.

Okay. Ni entri tanpa tujuan. Sekadar isi masa sementara tunggu semua benda habis download. Lecture notes & all.

Wassalam 안녕