Other Entries

Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

August 29, 2012

The Clock is Ticking

السلام علايكم





Wassalam 안녕

June 8, 2012

Kembali! :)


السلام علايكم

Hellooooooooooooooooo, Puchong!

hehe. Safely home. Dah lebih kurang dua minggu sampai tanah air, baru semalam jejak rumah sendiri. Selama ni menumpang ihsan rumah Usu. Terima kasih Usu jaga saya baik³. wee. Duduk rumah Usu memang lah best tapi lagi best duduk rumah sendiri. weee. Teruja dapat jejak Giant kegemaran. hoho

Dan memang menjadi lah surprise yang Ayah Mama dok cakap dari haritu. Tak masuk pagar rumah lagi aku dah meroyan. hoho. Pandai Ayah sorok haa. Grr. Masuk rumah lagi lah. hamboiiiii. Kemain parent ai ni. Tak pasal³ anak dara dia teruja kemain masa masuk rumah semalam. Seluruh pelusuk rumah haa ai terjah. heh.

Dan alhamdulillah, permohonan nak buat attachment kat hospital diluluskan. Dapat lah join dorang yang awal³ dah dapat tempat kat sana tu. wee. Lebih kurang tiga minggu lah. Jadi, tak dapat lah nak duduk kat Johor sepanjang cuti ni. huhu. Tapi takpe, nanti raya ke bila³ free, kita balik kampung yeeeeeeeeee.

Sekarang ni, tinggal tunggu Hana habiskan exam final dia, lepas tu boleh serumah dgn dia balik! yeayy! hehe.

ok tu je. All the best, Hana.

Wassalam 안녕

May 26, 2012

Post-Exams

السلام علايكم

What time is it?
SUMMERTIME!
Subuh 3 pagi, maghrib 6 petang. Lalat berleluasa, nyamuk makin ganas. Kipas makin laju, bahang makin terasa.

Finals
alhamdulillah. 24th May 2012 marked the end of our final examinations. fyuhh. Semput jawab soalan. Hampir koma nampak soalan MCQ. Hampir pengsan tempuh soalan esei. Ibarat kena byssinosis jawab OSCE. hewhew. Dua minggu bergelumang dengan buku & nota, dua minggu tu juga lah otak tak dapat digest segala parasit yang wujud. Sedih. I get confused easily. haish haish. Hati ada rasa gundah. Taknak balik Mesir awal daripada tarikh yg dirancang. huhu. Tapi kita dah usaha kan? Natijah dia, kita serah kat Allah. Tapi aku doa sangat³ aku tak perlu balik Mesir semula awal³.

Dunia baru
Dunia baru equals to marriage! hehe. Favourite topic of the year. lalalala. Lepas habis OSCE haritu, a batchmate announced her engagement & their wedding date. wee. Tahniah sangat³, Farah. Bertambah dah satu lagi kenduri kahwin dalam list cuti kali ni. Yang lagi sorang tu, taktau bila nak buat pengumuman. Semua dah tahu tapi semua tengah tunggu kenyataan rasmi. hewhew. insyaAllah, naik semester baru nanti, ada 3 orang pengantin baru dalam batch aku. heh. Tahun depan, tambah lagi dua orang ok? Siapa? Aku dengan Farah. Farah lagi satu. Bukan Farah memang dah nak kahwin tadi tu. hikhik. Serius mengada³ impian tu. Padahal dah rancang taknak balik tahun depan.

The Dinner
Zati decided to cook for us! yeayy! Mungkin dah lama tak makan masakan dia, ada secalit rindu di situ. heh. Mengada. Dan semua makanan dalam gambar tu dia yang masak. Sorang! Tabik spring. Jajaun made cupcakes too. And Auni made bubur kacang hijau. Cuma Lisya tak ambil gambar juadah tu. Terlupa mungkin. Oh oh, gambar semua ihsan Lisya. almaklumlah, kamera telefon tak lawa. Kamera pun malas nak bawa. Harap ihsan orang je. hehe. Alang³ tu, nak luang masa dengan batchmate & usrahmate yang sangat disayangi, cik Ain. yela, lepas ni makin susah lah nak bermanja. Dah jadi hak si suami pula lepas ni, insyaAllah. Luang³ masa, ambil sikit seri bakal pengantin tu, tabur³ kat diri sendiri. haha. But we had fun. Terima kasih dekat tuan rumah sekalian. Your hospitality is greatly appreciated!
psst : yang paling berseri, tula Ain.

Gathering
Siang tadi, gadis³ semester enam batch 09/10 buat gathering. 630 pagi aku dah terpacak depan dewan squash. Lama tak keluar rumah pagi³ macam tu. Semacam tenang. Mungkin boleh praktis balik joging di pagi hari? Mungkin. Possibility is 0.05%. haha.

We enjoyed our games & of course the food. Dorang buat potluck. Tapi aku tak selera nak makan lah. Makan sekadar ambil hati orang kata. Nak buat macam mana, abdominal cramp ni dari semalam kacau selera aku. Makan pun sebab nak replenish tenaga badan. Saya kan budak baik, dengar cakap orang³ tersayang. hewhew.

Trip Back Home
Tadi pergi beli ole-ole. Meredah malam dengan cik Lisya. Esok mungkin berjalan lagi cari barang. Orang kampung kirim macam³ tapi tak dapat nak tunaikan semua. Nak ke Kaherah tapi tak berani. Musim³ undi ni, aku nak jauhkan diri daripada tempat³ yang jadi tumpuan orang. Kecuali lapangan terbang! Tu, memang tak dapat dielakkan. haha. insyaAllah, akhir bulan ni aku jejak kaki kat tanah air semula. Tapi tak terus ke rumah. Padan muka kat diri sendiri. Siapa suruh beli tiket tak semak jadual? Ayah Mama ke luar negara dua minggu. Awal Jun baru pulang. heh. Padan muka lagi sekali. Jadi sahabat sekalian, temujanji kita, atur selepas pertengahan bulan Jun ye. :)
Sangat rindukan Malaysia. Sangat rindukan rumah. Sangat rindukan mereka. Tapi aku syak aku akan rindukan Mesir nanti. Dan mungkin akan sangat rindukan Mesir. ehm. ye. Mungkin aku akan rindukan itu.

To those who aren't coming back to Malaysia this summer, duduk Mesir elok³. Hawa, Sabrina, siapa lagi? Take care ok.

Lagi? Itu je kot. Sekian sahaja entri yang memang langsung tak nampak flow ni. Kalau kena buat karangan, boleh naik darah cikgu bahasa baca.
hehe.

*masih tak dapat mood nak pack barang
Wassalam 안녕

March 2, 2012

Rantai Kunci?


السلام علايكم

Tau tak, cuti musim sejuk yang dua minggu tu, ada kawan³ yang pergi jalan merantau jauh³. Contoh, KakNad & Ayu. Gadis³ *cough cough* manis ni pergi merantau sekitar Eropah. Serius jealous. Rasa nak jerit³ histeria je tengok album³ KakNad yang banyak tu. haish. Nasib baik ingat nak bagi keychains. hikhik. Tapi takpe, kumpul duit, insyaAllah dapat jejak tengok negara orang tu nanti. Tapi tahun depan, mungkin ke Turki dulu. Dah kahwin nanti baru ke Eropah, senang sikit nak berjalan, ada musyrif tetap kan? ehh? *jelir lidah*
Abang Mira pun ada datang melawat dia kat sini. Tengah cuti lama lah en. Lama kot Mira bawa dia jalan pusing³ Mesir ni. heh. Dan kononnya sebagai tanda terima kasih kitorang jaga Mira konon jela kan dia belanja seafood, bagi keychains bagai. Untung kami³ ni. Dah lah dapat kucing lagi. Si Bubu tu lah kucing yang Mira dapat. Boleh meroyan agaknya si Mira kalau Bubu hilang.

Lepas tu, Wardah Kaddihan baru je jumpa balik. Lebih dua minggu kot tak jumpa. Ade orang tu balik Msia tak ingat dunia. :p Yang sorang lagi tu, puas hati nampaknya dapat selongkar sejarah Turki. Untunglah semua ada rezeki nak ke sana ke sini. :) Tapi jauh³ pergi pun, masih ingat kat kitorang. Dapat keychains lagi. Dan lagi terharu tahap extra is when my usrahmate gave me the book I've always wanted to buy. Oh well, am planning to buy it when I go back to Msia tapi dah dapat dah awal³ sebagai hadiah. alhamdulillah. Serius suka! *hugs*

Point cakap pasal semua ni? Takde. Saja je nak cakap TERIMA KASIH, KORANG! ♥

Wassalam 안녕

November 10, 2011

Sambutan Adha 2011


السلام علايكم

Raya memang sinonim dengan jamuan, rumah terbuka, makan³ bagai.
Lagi³ Aidil Adha. Banyak daging korban kan. Jamuan persatuan pelajar ada, jemputan rumah terbuka pun banyak. Tu tak masuk juadah kat rumah sendiri.
Dan aku memang sinonim dengan makanan. hekhek. Dan secara rasminya *baru check tadi*, berat aku dah naik jadi 52kg. Tahniah diri. ngehh ngehh. Lepas ni boleh mula kawal makan & menari semula. Keluarkan peluh. Aku malas nak pergi istad joging. Jadi aku buat keputusan nak mula menari balik. Ambil mood zaman sekolah dulu. Menari sorang³ dalam bilik, sampai penat berpeluh³ antara Asar & Maghrib. heh. Senang. Tak payah fikir baju apa yang sesuai nak pakai. Kalau keluar joging kat istad, kena fikir nak pakai baju apa lagi. Pening mak. hoho

Dan, kalau dah ada jamuan bagai, mesti dapat ramah mesra dengan Budak en. ehh tak. tak. I mean, dengan kawan³ seperjuangan. hekhek. Tang mana aku nak bermesra dengan Budak pun aku tak tahu lah. Nak kena lempang dengan Ayah? ngeee. Budak pun mungkin terajang aku kalau aku bermesra tak tentu pasal dengan dia. tsk tsk tsk.
Ada gambar ramai³ dengan student semester 5 lagi. Memang tak semua ada lah tapi majoritinya wujud. ehm. Tapi bak kata Amy, lupa pula nak tangkap gambar dengan ex-Tutor 3. hailaa. takpe takpe. Next year ye. Dan setiap kali pergi rumah terbuka je, mesti ada ambil gambar. Tapi tak semua publish lah. Kena simpan juga. Takkan semua nak tayang ye dok? heh
Dapat manja³ dengan mereka³ yang jumpa masa beraya. Ada kenal kakak³ baru. Sempat jadi gila dekat rumah orang. ehh? =.=' Raya kali ni best! Tapi tiap kali raya pun mesti aku rasa best kan? hoho. Tak kisah lah. Aku suka raya ni berbanding raya aidilfitri haritu. Mostly because I was alone on eid fitri but I'm surrounded by friends this eid adha. Jadinya sangat suka! Gembira riang di hati. hekhek. Dapat rasa Hajar masak sedap³. Dapat mengendeng lama³ dengan Jajaun. Suuuuuuuukkkkkaaaaaaaaaaaaa. Dan dapat sweater baru! ehh? Ada kena mengena? hikhik. Takda. Tapi aku nak selit juga. Aku dapat sweater baru yang oh-so-warm-nyummy & sangat awesome bila pakai sebab dia panas. Dan sebab...dan sebab...dan sebab... *ayah mama mesti tengah perli aku lagi pasal sweater ni* hikhik...

Dan nak tahu tak? Tadi pergi jamuan di Kafe Hasanah. Lepas tu jumpa dengan anak sorang akak ni, comel sangat! Geram je tengok. Pandai pose depan kamera. Oh, dia lelaki. Tapi dia comel!!! Gewamm! hihi. Kalau orang tengah main³ dengan dia kan, lepas tu ada orang hala kamera kat dia nak snap gambar dia, dia mesti terus pandang kamera tu. alolololololo. Gewamm. Dengan pipi yang sangat auuummmmm, memang rasa nak gigit je.
Dan aku tak lepas peluang lah nak dukung dia kejap. Walaupun aku ni ada fobia sikit dengan baby tapi sebab dia sangat comel auummmm gitu, aku beranikan diri juga. hihi. KakChik kata tahun depan giliran aku pula. muahahaha. Doa doa doa. Tadi dah ambil berkat dah. bahahaha. Berangan je aku ni. hailaaa. Tapi baby tu serius sangat comel. Kena tengok dia depan³ baru faham kot. gahhh.

Okayhh. Apa lagi nak cerita? oh. Gambar³ tu semua aku ambil daripada Jajaun, Lisya, Kadinott. Sebab aku tak guna pun kamera aku. Senang. Copy je gambar yang dorang upload kat facebook tu. hihi

Tapi on the downside, dek kesibukan urus PIOH, korban & penuhi jemputan rumah terbuka ni, berapa jam je aku dapat spend masa nak study. Dengan PBL tak siap lagi. hailaaa. Kelas mula 13 Nov ni. Sempat kot nak siapkan. hailaaa.
Okayh. Nak buat PBL lepas ni. chioww

Ohh. Terima kasih pada sesiapa yang bermurah hati bagi makanan kat kami raya³ ni. Tak kisah lah spageti yang pedas tu ke, nasi minyak yang lupa letak garam tu ke, kek batik yang seconet tu ke, kuih arab yang memang hari³ jumpa tu ke, semua juadah kat rumah terbuka yang sangat nyummy tu, terima kasih sangat³. Murah rezeki kami raya ni. alhamdulillah. InsyaAllah tahun depan giliran kami pula buat ye. hukhuk. Tak janji. Tapi niat tu ada. weehooo.

Nite, lovelies.
Wassalam 안녕

November 7, 2011

1, 2, 3

السلام علايكم

1
Selamat hari lahir, Farid. Aku minta maaf lambat buat dedikasi kat blog ni haa. Tapi aku dah wish on time kan? hihi
Selamat menjadi tua. Jangan asyik membebel je. Belajar sungguh³. May Allah bless you always & may He grants you success in everything you do. :)

2
Dah cuti sempena Aidil Adha. Seminggu cuti. Budak³ Malaysia jangan jealous. Ni untung belajar kat Mesir. Tapi midsem pun dah dekat. Sepatutnya kena belajar, struggle masa cuti ni. But I've been busy. Kelmarin kena handle program PIOH. Ada pameran & fund raising for Palestine cause. 1 hari suntuk berbaju kurung, kat luar rumah. seawal 630 pagi dah terpacak depan Darul Rahmah. Lepas Isya' baru siap kemas semua. Sampai³ rumah dorang semangat heret aku pergi tengok kambing lembu bagai untuk korban esok. Sempat masuk toilet kejap je. Dah keluar balik. Sementara tunggu binatang korban tu semua yang entah kenapa sampai berjam³ nak sampai, aku ke hulu ke hilir hantar barang orang yang aku pinjam utk PIOH. hailaaa. Sampai³ rumah je malam tu, rebah. Dah lah bukan setakat peluk bolster & selubung dalam saratoga, sweater pun tak buka. Sejuk lah katakan. hekhek.

Dan semalam raya. Pagi³ dorang dah menjerit³ kejut aku bangun raya. Budak berdua tu AJK korban. Memang semangat waja yang sangat tinggi lah kan. Siap tadahkan aku air panas lagi. Tak boleh blah. Usai sarapan, gerak pergi tempat korban. Aku tak pakai lawa³, serabai je. Sebab tu tak ambil gambar. Inferiority complex disorder menyerang bila tengok budak³ perempuan yang lain lawa³ belaka turun tengok korban sebelum dorang pergi rumah terbuka. heh. Housemates aku bertanggungjawab uruskan agihan daging. Aku? Ouh. Aku tukang jaga barang yang sangat berjaya. hoho. Sambil usha orang lapah kambing & unta & aku rasa macam-oh-nak-jatuh-hati-sebab-macho-gila-kau. haa gitu. So I wonder how Budak celebrates this eid. ngehh ngehh ngehh.
Lepas Asar baru selesai semua benda. Bergegas balik sebab dorang nak solat & kemaskan diri. Terkejar³ pergi rumah terbuka Mighaa. Dapat laksam! nyum nyum. Tapi sebab penat & kalut tu, sorang pun tak bawa kunci rumah. Lepas dah katup pintu tu, baru sedar. daynggg. Tapi penat sangat sampai takde rasa nak panik gelabah bagai pun. Muka semua muka pasrah. Alhamdulillah, Zati masih simpan duplicate kunci rumah ni. Jadi dia pun dapat buka pintu. Tu pun masa Maghrib. Masuk³ rumah, uruskan apa yang patut, rebah terus sampai lah jam 10 tadi. Terjaga sebab bunyi bising kat luar. Rupanya si Bedah, Opie, Onie & Lisya mai rumah. hihi. Dan tadi dah kutip semua gambar raya yang perlu dikutip. Walaupun takde gambar aku, gambar³ member ada weyh. Kena kutip. Memori. Tapi semua kamera orang. Aku tak bawa kamera aku. Aku tukang tangkap gambar sikit³ je sebab aku sibuk jaga barang. haha. Sibuk lah sangat en. hoho. Nak tidur lepas ni. Penat. Esok ada jamuan raya lagi. hoish. Ni kena melawa. Kalau tak, menyesal. haha

3
Ni random je. Aku nak kongsi macam³ tapi sebab benda tu dah jadi dua tiga hari lepas, tak larat nak taip balik. Lepas tu, otak tak boleh nak keluarkan gaya penulisan yang proper untuk tulis kenangan dua tiga menjak yang buat hati aku bunga³ macam kedai bunga depan tu. heh. Tapi aku suka confession macam tu. Ok. Tu je nak cakap.

Nite nite, lovelies.
Dan Salam Aidil Adha. :)

Wassalam 안녕

September 22, 2011

Day 8: A place you've traveled to

السلام علايكم

Ni pun aku taktau nak tulis pasal tempat yang mana satu. ehm
Keluarga aku ni memang suka berjalan bercuti. Sejak kecil kot. Kalau cuti sekolah tu, ayah aku angkut kitorang semua pegi jalan. Ada je tempat dia nak bawa. Rasanya macam dah pusing satu Malaysia dah. Negara³ berjiran pun dah jejak. alhamdulillah ada rezeki lebih nak tengok tempat orang en.

Tapi sejak aku duduk Mesir ni, memang takde lah kan tiap kali aku nak berjalan aku angkut semua orang. Kenapa? duhh. Sebab keluarga aku semua takde kat sini lahh. I'm all alone here. *tunduk kuiskuis tanah* Tapi kat sini aku berjalan dengan kawan³. hihi. Allah. Gaya macam aku dah pusing satu Mesir je. Padahal satu Mansoura ni pun aku tak habis jenguk lagi. Kalau pergi Kaherah tu, balik³ pusing City Stars dan ARMA. Itu jela aku tau. Paling advance, aku pergi Haiyu Sabe'. Itu pun teman Onie urus zakat dia. ehh ouh ouh! Ada! Sekali tu. Sebelum balik Malaysia untuk cuti musim panas masa aku tahun satu. Kitorang satu rumah pergi ziarah masjid³ yang wujud kat Kaherah tu. Pergi masjid yang 4 mazhab tu. Ziarah makam itu ini. haa. Itulah. Tapi kejap je. Sebab tujuan utama datang nak pergi ARMA, nak minta cop pengesahan. Masa tu kan semangat nak mohon biasiswa. hihi.

Kalau area Iskandariah, pusing³ mesti dorang nak jejak Carrefour tu. Takpun dorang pergi err aku tak ingat nama dia tapi yang ada boling tu and tempat³ shopping lah selalunya. Cuma sekali je, masa lepas habis exam sem 4 haritu, kitorang pergi main pantai. wuu wuu wuu. Syok! Selalunya jalan³ tepi pantai je sebab nak masuk pantai kena bayar kan. Dan kalau dah jalan³ tepi pantai tu, singgah lah Bibliotheca Alexandria. Perpustakaan terbesar di Benua Afrika. Tak silap aku lah. Korang pergi lah google. Lawa! Aku suka! ehm. Lagi? Aku rasa tu je kot.

Aku tak banyak berjalan pun sebenarnya kat Mesir ni. Selain faktor malas & kekurangan bajet, nak cari orang nak meneman berjalan tu pun payah. Kang aku gerak berdua dengan Jajaun je kang, ramai yang risau. Ayah Mama tu bukannya boleh lepas anak dara kesayangan ni merantau entah ke mana³. BL pun lagi lah. Kang panjang sedepa muncung dia. haaa. Macam mana nanti?

Tapi, aku masih berangan nak berjalan ke Eropah cuti musim panas nanti. Tengok lah. Tahun depan atau tahun³ depan. Tengok lah bila ada rezeki. hee. ok lah. Tu je kot aku nak merapu. Rasanya macam dah lari tajuk. Tapiiiii. Tak kisah lah. hihi.

Wassalam 안녕

September 1, 2011

Eid fi Mansurah

السلام علايكم

 
The famous Ramadhan decorations in Egypt 
No more paper decorations. No more fanus. Eid in Egypt is quiet. The road is clear which is rare, the houses were quiet. No shouting here and there like the usual. Even the zabadi's ammu is MIA. Its different back home. Eid in Malaysia is quite happening. Mercun here and there. There's pelita, lampu lip lap, new things here and there. But not here. So its quite dull. And only Allah knows how much I miss Malaysia right now.

Alhamdulillah, ada peluang nak skype tadi siang. Semua ada. Atuk Iti datang sekampung. Penuh rumah AtukMak. Atuk cerita, harini tetamu tak putus³ datang rumah. Saudara ramai yg jenguk. Mak pun datang masa raya pertama. Tapi Ayah tak ikut. Ayah kerja. Ayah tu, tiap kali aku datang beraya jenguk dia & Mak, mesti dia hilang pergi kerja. haish. Pastu complaint aku ni tiba³ je dah besar dan dah makin lawa. HAHAHA. Lagi? Ouh, Abang Amil pun ada. Dah balik dari UK lah kot. eh jap. UK ke US? =.=' Tak kisah lah mana³ pun. Dan Atuk kata Abang Anib pun ade datang sekali dgn Mak semalam. isk. Semua ada. Aku je takde. eish. Ni belum masuk tang raya kt rumah Nenek pula. Mampu meraung kot aku nanti. hekhek

Tapi kan, raya kat sini taklah teruk mana. hihi.

1st day of Eid, we had Eid's prayer, with khutbah in Malay. Special tak special? hehe. Satu masjid tu ktorang yg punya. insert evil laugh here Dan lebih kurang jam 10 pagi tu ade rumah terbuka anjuran PCM. Jadi lepas sesi bergambar ye, KNad tarik ktorang ke Mohafazah semata-mata nak photoshoot sbb istad tutup dgn Nigel, kamera kesayangan KNad tu, ktorang pun terus lah ke rumah KTeem, nak join rumah terbuka tu.
   
Ramaiiiiiiiii. Untunglah rumah tu besar. As in sangat³ besar. Mungkin sbb tu rumah kt kawasan Gala' kot. ehm. Dan makanan pun boleh tahan. Siap ada door gift & sesi bergambar sebelum masuk rumah ala-ala macam prom night tu selalu lagiii. Yang best tu, dapat jumpa semua orang. heh. Memang lah tak kenal semua orang, tapi semua orang yg aku kenal tu aku sempat lah bermanja³. Dan dapat kenal few seniors. Dan dapat main³ dgn baby. Dan dan dan, dapat duit raya! Duit raya tu dalam door gift tu. Dalam tu ada balang kecil yg isi kuih raya juga. Thumbs up lah tu AJK yg uruskan rumah terbuka ni. Aku paling suka tang door gift tu sebenarnya. Selain tang lagu³ raya yg tak henti³ berkumandang. Ada lah sikit feel macam raya kat tanah air sendiri. :)
   
As for me, personally, aku sambut Aidil Fitri ni bertiga dengan KNad & Mira. Malam raya tu, balik rumah aku. Masak rendang daging, ketupat. Sambil pasang banyaaaaaak gila tab youtube. Takbir, lagu raya & all. Dan tadi, ke rumah Mira pula. Makan ketupat palas & rendang ayam & kuah kacang pula. Sedaaaap. Confirm lah bukan aku yang masak en. heh. Aku tukang makan je. Sedap weyh kuah kacang Mira. Mengancam! Boleh buat isteri dah. hihi. TAPI BL JANGAN GEDIK NAK AMIK DIA JUGA.

haa. Gambar³ photoshoot dgn KNad tu aku tak tayang sini eh. Macam biasa, gambar banyak kat facebook & semestinya, koleksi penuh dalam laptop aku. weee. Tapi kan, sunyi juga sebenarnya. Esok dh takde rumah terbuka. ehm. Nak buat apa eh esok? ehm. Macam bakal tak produktif je raya aku. eish. Kang aku study silibus sem 5 kang.

Tu jela kot untuk entri kali ni. Tak banyak pun nak kongsi. Tapi dh janji dengan ayah mama nak update entri raya. Jadi update lah. hehe. kbai.

* MIA : missing in action
** PCM : PERUBATAN Cawangan Mansurah

All pictures are credited to KNad

Wassalam
안녕

August 31, 2011

1957 - 2011


السلام علايكم


Its been 54 years, Malaysia. :)
Selamat Hari Merdeka. Happy Independence Day.

Proud to be Malaysian. Lagi³ bila dh belajar kt Mesir ni, terasa sungguh keindahan Malaysia yg dulu secara jujurnya tak berapa nak dihargai. There's no place like home. There's no place like Malaysia.
Dah lah sekarang memang tengah merindu Malaysia. sobs.

p/s : Raya pertama di Mansoura boleh tahan meriah. :) Nanti aku cerita lagi lanjut. Cuma yg tak sedapnya, macam nak demam dh ni.
Wassalam 안녕

August 29, 2011

تقبل الله منا ومنك

السلام علايكم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. تقبل الله منا ومنكم. جعل الله كل أيامكم أعياداً وجعل الله الأمة الإسلامية في خير وفرح وسرور وسعادة وأمن وأمان وبركة ورحمة وأعاد الله علينا وعليكم هذه الأيام المباركة بالخير واليُمن والبركات .اللهم آمين

- Mira kata ni sepotong doa. Awwalan eid Rasulullah SAW mendoakan amalan kita semua diterima Allah SWT -

- Dan ini maksud yang aku dapat hasil Google Translate. Asif kalau silap. Sebab aku pun tak faham Arab sangat.
"Peace be upon you and God's mercy and blessings. May Allah accept from us and you. God made all your days and holidays to make God the Islamic nation in the goodness and joy and pleasure, happiness and security and peace and blessings and mercy of Allah and returned to us and to you these days blessed with good, Yemen and blessings. God Amen."

Salam ibadah ikhlas diberi,
Salam kesyukuran tulus di hati,
Salam Aidilfitri buatmu hamba Ilahi,
Walau Ramadhan bakal diakhiri,
Semoga rahmat terus dikurniai.

Maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terguris hati dalam bercanda, kerana diriku cuma manusia biasa. Selamat menyambut hari raya aidilfitri
- Dhiah -

Biar jauh mana jarak antara kita,
Biar hebat mana ilmu di dada,
Biar darjah mana kedudukan kita,
Biar jurang mana pangkat kita,
Jangan sampai tergadai tali silaturrahim antara kita.
Salam Aidilfitri & mohon maaf
- Ayah -

Salam lebaran buat semua.
Tak kisah lah yang jauh di mata, yang jauh di hati, yang dekat di mata, yang dekat di hati. Yang di Malaysia, yang di Mesir, yang di serata dunia macam merata dunia baca blog aku.

Walaupun kala ini, Mesir belum habis lagi puasa yakni belum iftar lagi aku nak juga buat entri ucapan raya sebab mood raya dah datang sejak pagi tadi. Aku salahkan team IHRAM '11 sebab pasang lagu³ raya masa dorang hias DR tadi. =.='

Dan juga sebab aku dah dapat panggilan telefon sampai tak pasal³ aku dh tak rock sebab semacam deras je air yg mengalir dari mata tadi daripada Usu. :) Sebab mama tak dapat buat panggilan antarabangsa, jadi Usu yg buat. Terharu, sebak, sedih, pilu bila dengar suara semua orang. Kumpul ramai³ kat kampung. gahh. Nak emosi lagi. sobs.

Ouh. Berbalik kepada tujuan entri ditulis sebelum aku makin hanyut dibuai rasa sedih & pilu beraya di rantau orang.

Aku, Hani, menyusun sepuluh jari, memohon maaf kepada semua yg dikenali, mengenali diri ini & pembaca yg aku tak kenal, dari hujung rambut hingga hujung kaki, baik salah pada zahirnya atau silap pada batinnya. Aku cuma manusia biasa yg dari sehari ke sehari cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik. Jadi kalau ada yang tersinggung hati dengan perlakuan, tutur kata atau tiba³ nak emosi dengan aku tanpa sebab munasabah, aku minta maaf. InsyaAllah aku akan cuba untuk tak ulangi kesilapan lama. Dan kerana aku minta maaf, tak adil lah kalau aku tak maafkan korang. Yang aku sedar atau tak sedar, aku maafkan semua. Walau takda benda pun yang korang buat or sebenarnya aku dah lama maafkan, aku nak juga cakap aku dah maafkan semua. Jadi korang jangan cuak ye kalau³ korang masih ade hutang maaf dengan aku. :) Aku je cuak ni. Korang maafkan aku ke tak.

Dan, ok, aku tak reti buat ucapan sayu³ sebenarnya. Tapi ni seikhlas hati lah. Truly.
Ok last. Salam Aidilfitri buat semua muslimin & muslimat. Ni aku ada jumpa sesuatu tentang Aidilfitri masa godek³ Google tadi. Sila lah baca kalau rajin. Tak rugi pn. :)

* تقبل الله منا ومنك : Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu
** IHRAM '11 : Ihya' Ramadhan 2011 Program PCM
*** DR : Darul Rahmah

p/s : malam ni balik rumah! Lama tak balik rumah! Nak masak rendang ketupat semua lah! hihi.
p/ss : 30 Days Challenge tu aku buat bila aku takde topik nak ditulis dalam entri eh. Sekarang mood raya! weehooo


Wassalam 안녕

August 26, 2011

Attachment : Day 9 & 10

السلام علايكم

Hello! Hello! Hello!
Lama ke aku menyepi? Takkan? But somebody has been complaining my lack of updates here.
geee. Mici me lah tu. gagagagaga. sambil blushing & giggle³ *jelir lidah*

Ok. Mari update sikit.
Hari ke-sembilan, aku tak pergi. Atas alasan ape? err. Semata sebab aku pernah masuk unit tu untuk EE masa semester 3, jadi aku semacam ade vitamin M yg sangat besar untuk pergi. gahhh. But it turns up that most of the units were closed on that day. So my colleagues were distributed fairly in the wards.

Hari ke-sepuluh pula, aku & Aisyah ke unit kecemasan. Dan Mira, ikut ktorang, tinggalkn Hairiezal sorang³. Tapi semalam pun tak lama. Kejap je. Dengan kepala berdenyut³ riang, memang harapan lh kan. Baru berapa lama kat unit tu dah rasa nak pitam. haih. Dan dan dan, KNad minta teman dia ke pejabat Gulf Air. Nak tukarkan tiket Ayu. Jadinya, balik awal lh aku semalam. 하하하.
Sumpah ngada kan?

Dan ouh, malam hari ke-9 tu, Gamaah Mansoura ada buat iftar. Tiba³ petang tu Sabrina call, ajak pergi. Katanya dgn penuh perasaan "pls pls pls korang, datang eh. Kalau tak cukup, Iskandar cakap Dr. Nisreen mengamuk" gahh. Lebih kurang gitu lah ayat dia. Aku olah bagi sedap dibaca. heh. Dan aku dgn mamainya ikut lah keputusan KNad nak pergi. Alhamdulillah, ada rezeki nak makan daging malam tu setelah sekian lama memendam rasa. hikhik.

Apa lagi laporan terkini?
ehm. Takde apa sangat kot. Selain hati rasa tenang & diri penuh dgn keyakinan, lain³ semua normal kot. Keep on praying for the best for us. weee

Ok tu je. Harini cuti. Jumaat kan. Nak skype dgn family tapi macam tak berkesempatan. Esok, gerak ke kampung elok³ ye. Ayah, sila pandu dgn cermat, ingat Hani yg tersayang hikhik.

"Kirim salam pada orang kampung ya! Assalamualaikum." baca dengan nada penuh semangat. almaklumlah, perantau. bayangkan music Dendang Perantau berkumandang. ooooohhh sayu.

Ok, termerapu banyak. Tu je. I'm done for this post.

TERUSKAN USAHA MENCARI LAILATUL QADR :D

* EE : Early Experiences
** vitamin M : MALAS

Wassalam 안녕

June 27, 2011

To Alex

السلام علايكم



2 malam di Iskandariah. :) Itu yg lenyap dari dunia maya kejap. Memandangkan beri hitam ade masalah, mmg tak dpt update dgn pantas lh kan.
Ke sana tujuan utama sbb nk support team basketball Mansoura. Ade friendly match dgn team Alex.
Ade dua org pemain import. hehe. Both from Azhar Uni, Cairo. Best tgk game diorang. Hebat walaupun dorang tak cukup latihan & ramai newbie. Kalah pn tipis je. 4 points only meyh. But they played it real well. HAHA. Gaya cakap mcm pakar padahal cilok kata³ Cik Is kita. c(:


Kt sana, ktorg tumpang bmalam kt rumah Bedah. And meegoat! Their hospitality is the best! Awesome gila wa cakap. Mmg terasa at home lh kt sana. hehe. Thankies korang! muachies.
Dan dan dan, dorang ade buat piknik kt pantai! yeay! Ajak ktorg join! yeay! Dpt lepas rindu mandi laut. yeay! Tp gambar mandi laut tarak lh en. Saja cari pasal bg kamera lunyai dlm air kang. hehe. Best! We had fun. Oh well, I least, I did. hehe.
Ade makan³ bagai. Sedap dorang masak. Kenyang perut. Walaupun masuk kena bayar EGP5, tp puas hati lh dpt mandi laut. Suka! weee.


Hari ketiga, gerak ke Cairo. Teman mereka³ yg nk shopping kt Hussin utk pulang ke Msia. Malam tu gerak balik Mansoura. Penat! Tp puas hati tgk dorang mbeli & mbelah. c(:


Aku? Tak beli apa³. Oh. Kecuali t-shirt 'I Love Egypt'. heh. Tu pn utk kegunaan sndiri. Buat apa beli ole³ bagai tp tak balik en? >.<


Tu jela. Ade yg risau lewat sgt sampai rumah. Ade yg tidur dlm keadaan monyok. ngehh
Tak kesa lh. Janji tau, kurang³ ade yg kisah.


Tu je nk kongsi. Penat tgk 'Karak'. Nak sambung layan Korea.


Wassalam 안녕